Kerajaan Tubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri Sukan dengan kerjasama IPT

Kuala Lumpur, 12 September 2023, 12.30 tengahari. Menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi pada hari Isnin, kerajaan akan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri Sukan dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi membangunkan industri sukan negara. Pusat kecemerlangan sukan tersebut akan bertindak sebagai rujukan dalam menyediakan pengetahuan dan menjalankan […]
Konvoi Terakhir Tiga Sahabat

Kuala Lumpur, 11 September 2023, 7.30 malam. Konvoi Terakhir Tiga Sahabat… .Tiga orang pekerja daripada ladang Felda Lepar Utara maut dirempuh oleh kereta yang terbabas di Jalan Besar Felda Jengka 17, Maran, petang semalam. Kemalangan yang berlaku pada jam 6.15 petang, telah menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Penunggang motosikal yang terbunuh di […]
Muhyiddin Seorang Yang Lemah – Tun M

Kuala Lumpur, 11 September 2023, 7.00 malam. Di dalam satu wawancara bersama Malaysiakini pada 11 September 2020, Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Muhyiddin Yassin adalah seorang Perdana Menteri yang sangat lemah. Tun Mahathir juga mendakwa Muhyiddin tidak berani untuk memilih Timbalan Perdana Menteri dan juga gagal untuk mengambil tindakan terhadap menteri kabinetnya yang melanggar peraturan […]
Kerajaan Menghadkan Pembelian Beras Putih Tempatan

Kuala Lumpur, 11 September 2023, 02:30 petang. Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood telah membuat ketetapan hanya 100 kg sahaja pembelian maksimum beras putih tempatan bagi setiap individu berkuat kuasa pada 7 September 2023. Langkah itu dibuat bagi menstabilkan bekalan beras tersebut. Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, […]
MUDA Sertai Blok Pembangkang dan Tolak Kerajaan Perpaduan

Kuala Lumpur, 10 September 2023 08:43 malam. Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia Muda (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini menggelar Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ‘Lapdog’ kepada Zahid Hamidi terbaru mengumumkan keputusan keluar dari Kerajaan Perpaduan dan akan duduk di blok Pembangkang. Syed Saddiq juga memberitahu bahawa perkara itu telah dimaklumkan kepada […]
Lembaga Menyerupai Arwah Muncul Di Majlis Tahlil

Kuala Lumpur, 10 September 2023, 12.52 tengahari. Pada masa kini mungkin ada dalam masyarakat kita yang mempercayai bahawa orang yang telah meninggal dunia atau roh orang mati masih lagi berada di rumah selama 40 hari atau roh tersebut datang menziarahi keluarga yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun, ada di antara kita yang masih bertanyakan tentang kebenarannya adakah […]
Perdana Menteri Yang Tunduk Pada Perasuah

Kuala Lumpur, 9 September 2023, 12.47 pagi. Parti Tindakan Demokratik (DAP) menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan kebertanggungjawaban, Peguam Negara Idris Harun harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut,” kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Walau bagaimanapun DAP mengakui sebarang keputusan untuk menamatkan prosiding pendakwaan bagi melakukan […]
Kerajaan Perlu Perkenal Subsidi Beras Rahmah-Malaysia Madani

Kuala Lumpur, 7 September 2023, 12.30 tengahari. Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), Ismail Awang berkata, anggaran jumlah subsidi diperlukan dalam industri beras negara adalah sekitar RM800 juta setahun. Beliau mencadangkan supaya keuntungan yang diperolehi oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dikembalikan kepada rakyat menerusi pemberian subsidi beras. Pada 30 Ogos 2023 lalu, Petroliam Nasional […]
EC Team Berazam Untuk Terus Kekal Sebagai Agensi No. 1 Coway Malaysia.

Kuala Lumpur, 7 September 2023, 7.30 pm. EC Team terus mengorak langkah ke aras yang lebih tinggi dengan menganjurkan program transformasi perniagaan melalui kolaborasi strategik dengan syarikat Stuck.My iaitu sebuah entiti bisnes dibawah syarikat Arrange Group Sdn Bhd. Melalui program yang diberi nama TEKAD (Transformation Excellence through Knowledge, Action, and Desire), EC Team akan […]
Wanita Dirasuk Ketika Mendaki Bukit

Kuala Lumpur, 6 September 2023, 8.03 pagi. Sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting telah dikerahkan ke Kampung Pasir Banting Selangor setelah menerima panggilan berhubung kejadian seorang wanita dipercayai telah dirasuk ketika mendaki di Bukit Jugra Trail di Kampung tersebut. Menurut Pusat Gerakan Operasi ( PGO ) Bomba Selangor, pihaknya menerima […]