Kenyataan Isham Tidak Mewakili UMNO – Anthony Loke Jawab Dakwaan Isham Jalil Mengenai Pembentukan Kerajaan Perpaduan

Kuala Lumpur , 13 September 2023 , 3.00 petang. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, telah mengulas kenyataan yang dibuat oleh Isham Jalil mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan UMNO dan PH. Isham Jalil mendakwa bahawa YDPA hanya menitahkan pembentukan kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan bergabung dalam pilihan raya. Anthony membalas kenyataan yang dibuat oleh Isham […]
Saya Tidak Pernah Menyuruh Ahli UMNO Meminggirkan Calon PH-DAP – Isham Jalil

Kuala Lumpur, 13 September 2023, 2.00 petang. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, mendakwa bahawa dirinya tidak pernah menyuruh ahli UMNO untuk tidak mengundi calon PH atau DAP. Isham menganggap perkara itu adalah satu fitnah. Apa yang beliau katakan adalah, meminta ahli supaya fokus di kawasan UMNO, bukan bermakna menyuruh ahli UMNO […]
SPRM Tahan 9 Aggota Penguatkuasa Disyaki Terima Rasuah di Kedah.

Kuala Lumpur, 12 September 2023, 2.30 petang. Pada hari Isnin, 11 September 2023, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 9 anggota penguat kuasa sebuah agensi di Kedah di atas kesalahan meminta dan menerima rasuah daripada pemilik sebuah bot nelayan dan orang suruhan pemilik bot tersebut. Wang yang dipercayai sebagai rasuah itu telah dimasukkan […]
Kerajaan Tubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri Sukan dengan kerjasama IPT

Kuala Lumpur, 12 September 2023, 12.30 tengahari. Menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi pada hari Isnin, kerajaan akan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri Sukan dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi membangunkan industri sukan negara. Pusat kecemerlangan sukan tersebut akan bertindak sebagai rujukan dalam menyediakan pengetahuan dan menjalankan […]
Konvoi Terakhir Tiga Sahabat

Kuala Lumpur, 11 September 2023, 7.30 malam. Konvoi Terakhir Tiga Sahabat… .Tiga orang pekerja daripada ladang Felda Lepar Utara maut dirempuh oleh kereta yang terbabas di Jalan Besar Felda Jengka 17, Maran, petang semalam. Kemalangan yang berlaku pada jam 6.15 petang, telah menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Penunggang motosikal yang terbunuh di […]
Muhyiddin Seorang Yang Lemah – Tun M

Kuala Lumpur, 11 September 2023, 7.00 malam. Di dalam satu wawancara bersama Malaysiakini pada 11 September 2020, Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Muhyiddin Yassin adalah seorang Perdana Menteri yang sangat lemah. Tun Mahathir juga mendakwa Muhyiddin tidak berani untuk memilih Timbalan Perdana Menteri dan juga gagal untuk mengambil tindakan terhadap menteri kabinetnya yang melanggar peraturan […]
Kerajaan Menghadkan Pembelian Beras Putih Tempatan

Kuala Lumpur, 11 September 2023, 02:30 petang. Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood telah membuat ketetapan hanya 100 kg sahaja pembelian maksimum beras putih tempatan bagi setiap individu berkuat kuasa pada 7 September 2023. Langkah itu dibuat bagi menstabilkan bekalan beras tersebut. Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, […]
MUDA Sertai Blok Pembangkang dan Tolak Kerajaan Perpaduan

Kuala Lumpur, 10 September 2023 08:43 malam. Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia Muda (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini menggelar Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ‘Lapdog’ kepada Zahid Hamidi terbaru mengumumkan keputusan keluar dari Kerajaan Perpaduan dan akan duduk di blok Pembangkang. Syed Saddiq juga memberitahu bahawa perkara itu telah dimaklumkan kepada […]
Lembaga Menyerupai Arwah Muncul Di Majlis Tahlil

Kuala Lumpur, 10 September 2023, 12.52 tengahari. Pada masa kini mungkin ada dalam masyarakat kita yang mempercayai bahawa orang yang telah meninggal dunia atau roh orang mati masih lagi berada di rumah selama 40 hari atau roh tersebut datang menziarahi keluarga yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun, ada di antara kita yang masih bertanyakan tentang kebenarannya adakah […]
Perdana Menteri Yang Tunduk Pada Perasuah

Kuala Lumpur, 9 September 2023, 12.47 pagi. Parti Tindakan Demokratik (DAP) menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan kebertanggungjawaban, Peguam Negara Idris Harun harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut,” kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. Walau bagaimanapun DAP mengakui sebarang keputusan untuk menamatkan prosiding pendakwaan bagi melakukan […]