Iniatif Payung RAHMAH – “Isu Perut Rakyat Terlebih Dahulu”

Kuala Lumpur, 6 Julai 2023 01.30pm. Berdasarkan data terbaharu yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat akhir tahun lalu dianggarkan terdapat kira-kira 130,000 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar. Sebagai menifestasi keperihatinan Kerajaan Perpaduan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah beberapa inisiatif telah di jalankan bagi mengurangkan impak ekonomi kepada rakyat dan antaranya adalah Inisiatif Payung RAHMAH.. […]

Hukuman Mati Mandatori dan Penjara Sepanjang Hayat Telah Dimansuhkan

Kuala Lumpur, 7 Julai 2023 11.00am. Pada 17 Mac 2023 mesyuarat jemaah menteri telah bersetuju dengan cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori kepada budi bicara mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati maka hendaklah di hukum dengan […]

Malaysia Malaysian Adalah Negara Kaum Pendatang

Kuala Lumpur, 4 July 2023 06.00pm. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke membidas kenyataan terbaru yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menuruti ‘Manifesto DAP’ untuk menjadikan negara ini berbilang kaum dan tanpa agama rasmi. Anthony Loke menyifatkan dakwaan Tun Mahathir itu sebagai tidak berasas dan menegaskan semua […]

Kebebasan Media Terancam: Lagi Portal Berita Disekat

Kuala Lumpur. 3 July 2023 5.40pm. Pengendali portal berita MalaysiaToday, Raja Petra bin Raja Kamarudin mendakwa portal berita MalaysiaToday telah disekat oleh pihak kerajaan dari diakses oleh pengguna internet di negara ini. Status terkini sehingga jam 07.00 petang ini mendapati portal berita MalaysiaToday masih belum boleh diaskes. Raja Petra melalui hantaran di YouTube miliknya berkata, […]

Tan Sri Lim Kit Siang Kesal Mahu Zaki Yamani Memohon Maaf

Kuala Lumpur, 2 July 2023 04:15. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Zaki Yamani (penyokong PKR) memohon maaf dengan kadar segera berhubung ciapan Twitter yang mendoakan kematian Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Setakat pukul 3.50petang tadi ciapan ini masih tidak dipadam dan masih boleh diakses. Sependapat dengan Anwar Ibrahim […]

Dato’ Sri Tiong King Sing Tuduh Imigresen Rasuah

Kuala Lumpur 1 July 2023, 04.21pm. Portal berita BebasNews pada 29 Jun 2023 mendakwa seorang menteri menceroboh ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang pelawat negara China yang telah ditahan oleh Jabatan Imigresen dan menteri tersebut telah menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen. […]

Kebebasan Bersuara Tidak Bermaksud Bebas Melakukan Apa Sahaja

Kuala Lumpur 30 Jun 2023 5.30pm. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai agensi pengawal selia di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi Dan Digital dikatakan telah gagal mendapat kerjasama dari pihak Twitter bagi menurunkan beberpa ciapan yang didakwa mengkritik Kerajan Perpaduan khususnya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anuar Ibrahim (PMX). Twitter, perkhidmatan rangkaian media sosial […]

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Serta 31,600 Jemaah Malaysia Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Kuala Lumpur, 29 Jun 2023 09.38am – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dengan keizinan Allah SWT telah berangkat untuk berwukuf di Arafah dan seterusnya bermabit di Muzdalifah pada 27 Jun 2023. Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan […]

Sebanyak 4.5 Juta Pekerja Akan Hilang Pekerjaan Manakala 85 Juta Pekerjaan Akan Digantikan Oleh Robot

Kuala Lumpur, 28 Jun 2023 03:27pm. Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar didalam ucapannya semperna Majlis Pelancaran dan Apresiasi Industri Driven Talent Accelaration Programme (ID-TAP) 2023 di Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDS) pada hari Isnin lalu berkata, dapatan dari Forum Ekonomi Dunia 2020 memberitahu bahawa Kecerdasan Buatan (AI) boleh menyebabkan berlaku kemelesetan pasaran pekerjaan kerana […]

31,140 Belia Bankrap Dalam Tempoh 9 Tahun

Kuala Lumpur, 27 Jun 2023 12.30pm. Terdahulu sebelum ini hasil Laporan Analisis Peperiksaan SPM 2022 yang diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada 8 Jun lalu telah mendapat perhatian umum dan mencetuskan kekhuatiran didalam masyarakat apabila hampir 90,000 calon yang menduduki SPM tahun lalu telah gagal dalam pelajaran Matematik. Atau lebih tepat lagi seramai 89,752 […]