
Kuala Lumpur, 22 Ogos 2023 11:31am. Pengarah Komunikasi UMNO, Dato’ Lokman Adam mendakwa ada tujuh (7) Ahli Parlimen Barisan Nasional akan mengosongkan kerusi parlimen mereka. Lokam Adam didalam hantaran video di TikTok berkata, “Ada desas-desus terkini yang kita dapat, ada sekitar 7 ahli perlimen sedang mempertimbangkan untuk mengosongkan kerusi parlimen mereka, satu dari Pahang, 4 dari negeri Johor, satu dari negeri Sabah dan satu lagi di sebelah utara tanah air. Lokman Adam juga berkata, “sekiranya berlaku pilihanraya di ketujuh-tujuh kawasan parlimen ini bagi saya ianya ialah satu hikmah.
Bagi menjelaskan isu susulan dakwaan Lokam Adam ini, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Madani Ride PDRM ISBC sempena Peringatan Hari Polis Ke-216 dan Bulan Kemerdekaan 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor semalam menafikan kabar angin yang mendakwa tujuk (7) Ahli Parlimen Barisan Nasional akan kosongkan kerusi (letak jawatan). Menurut Zahid apa yang penting semua Ahli Parlimen BN ini sudah diberikan watikah untuk mewakili parti dan bukan diri sendiri, mereka juga terikat dengan aku janji yang sudah ditandatangani sebelum ini serta dokumen-dokumen yang dimeterai dihadapannya sebelum ini.
Sementara itu Zahid juga mengulas itu PRK DUN Pelangai yang akan diperincikan apabila bahagian mengemukakan nama mereka kepada perhubungan negeri untuk diputuskannya nanti. PRK DUN Pelangai perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, minggu lalu.
#PrezCom