Petaling Jaya, 23 Ogos 2023 10:00am. Tindakan pemenang gangsa Sukan Olimpik Barcelona 1992, Lee Zii Jia dan jurulatihnya Wong Tat Meng yang mengecam peraturan pemakaian pemain profesional sewaktu berlatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara telah mengundang reaksi kurang senang dari dua (2) tokoh bekas jaguh pemain badmintan nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Seri Jalani Sidek. Perasaan tidak puas hati ini di sampaikan secara terang oleh Wong Tat Meng apabila beliau membuat hantaran di Instagram miliknya pada 16 Ogos 2023 yang lalu. Lee Zii Jia juga didalam sebuah hantaran maklumbalas di Instagram Wong Tat Meng berkata “Jangan nanti cakap saya ‘besar kepala’ tak datang training pulak”

Datuk Lee Chong Wei yang tidak bersetuju menyelar dakwaan Lee Zii Jia dan jurulatihnya Wong Tat Meng yang kononya mendakwa ABM membuli pemain-pemain profesional apabila mewajibkan pemain profesional untuk tidak memakai pakaian sukan jenama selain daripada pakaian sukan penaja badan induk itu (Yonex) ketika menjalani latihan di ABM. Datuk Lee Chong Wei juga berpendapat peraturan yang dibuat oleh ABM adalah munasabah memandangkan tanggungjawab dan komitmen ABM terhadap pihak penajaannya malah Datuk Lee Chong Wei menegaskan bahawa pemain profesional lain seperti Ong Yew Sin, Teo Ee Yi dan jurulatih mereka, Rosman Razak tidak mempunyai masalah dengan peraturan ABM ini.

Datuk Seri Jalani Sidek yang sependapat dengan Datuk Lee Chong Wei pula menyifatkan Zii Jia yang ditaja oleh syarikat Victor sebagai membesar-besarkan perkara kecil. Datuk Seri Jalani Sidek juga berkata, “setiap persatuan ada undang-undang dan peraturannya yang tersendiri dan ABM ada undang-undang dan peraturan dan mereka jadi kenalah ikut dan akur dengan peraturan ini.” Mereka perlu sedar mereka orang luar dan bukan ABM lagi, tambah Datuk Seri Jalani Sidek.

ABM dalam masa yang sama menjelaskan peraturan tersebut bukanlah baru diperkenalkan seperti yang didakwa oleh Wong Tat Meng tetapi telah diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilihat mengambil jalan tengah dan tidak mahu campur tangan didalam isu yang melanda ABM ini dan berharap kedua-dua pihak mampu mencari jalan penyelesaiannya sendiri.

#PrezCom