
Kuala Lumpur 26 Ogos 2023 02:30pm. Liga Usahawan OKU Selangor atau SAY LEAD kini kembali. SAY LEAD adalah sebuah liga untuk usahawan OKU di Negeri Selangor anjuran Selangor Youth Community (SAY) yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan dalam komuniti OKU dengan memberi latihan seterusnya meningkatkan lagi taraf perniagaan.
Antara maklumat Liga Usahawan OKU Selangor adalah seperti beriku:
Pendaftaran: 25 Ogos 2023 – 20 September 2023 (Penyertaan adalah terbuka)
Tempoh program: 3 Bulan (10 Peserta terbaik akan membuat pembentangan dihadapan Raja Muda Selangor)
Hari: Selasa (Online dan Fizikal)
Masa: 9.30 pagi – 4.30 petang
Penyertaaan adalah terbuka untuk semua. Hanya 10 peserta terbaik bakal membuat pembentangan dihadapan Raja Muda Selangor dan bakal menerima geran. Jika anda mempunyai perniagaan dan ingin menambahkan lagi ilmu perniagaan, ayuh sertai Liga Usahawan OKU Selangor 2023/2024.
Ayuh daftar segera dipautan: https://tinyurl.com/SAYLEAD5th
#PrezCom