(Wakaf Al-Muaqqat) Dilancarkan Bagi Tujuan Pelaksanaan Pembangunan Di Malaysia.

Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023, 14:09 – YAYASAN Waqaf Malaysia (YWM) telah secara rasmi melancarkan Bengkel Memperkasakan Wakaf Sementara (Wakaf Al-Muaqqat) dengan matlamat memajukan pembangunan di Malaysia. Inisiatif ini adalah langkah penting dalam merealisasikan visi YAB Perdana Menteri yang telah diutarakan dalam Belanjawan Malaysia Madani 2024 pada 13 Oktober 2023 yang menekankan kepentingan pembangunan wakaf […]
Harga Ron 95, Diesel Kekal Hingga 25 Oktober

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2023, 20:30 – MALAYSIA mengekalkan harga bahan api yang stabil ketika harga minyak global turun naik. Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga runcit bahan api untuk RON97, RON95, dan diesel kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter , dari 19 Oktober hingga 25 Oktober. Harga ini adalah berdasarkan Mekanisme […]
Penguat Kuasa KPDN Serbu Premis Disyaki Melakukan Aktiviti Penyelewengan Minyak Masak Bersubsidi

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2023, 20:00 – KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menjalankan serbuan ke atas sebuah premis tanpa nama di Taman Pandamaran Permai, Pelabuhan Klang, Selangor pada 19 Oktober 2023 untuk menangani aktiviti haram berkaitan minyak masak yang bersubsidi. Serbuan tersebut yang dilakukan oleh pasukan gabungan pegawai Penguatkuasa KPDN […]
KKM Adakan Kaji Selidik GEG (Generasi Penamat Rokok) di Aplikasi MySejahtera Mulai Hari Ini.

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023, 18.00 – KEMENTERIAN Kesihatan melancarkan tinjauan kaji selidik mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi Generasi Penamat Perokok (GEG) di aplikasi MySejahtera. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata tinjauan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang boleh didapati melalui aplikasi MySejahtera mulai hari ini. Bagaimanapun, […]
Penafian Video Tular Di Media Sosial (Facebook & Tiktok) Seorang OKU Yang Ditamatkan Bantuan EPOKU.

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023, 12:30 – KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menerima satu video yang tular di media sosial Facebook dan TikTok berhubung seorang warga emas OKU yang telah ditamatkan bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU). Video tular ini telah dirakamkan di hadapan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala […]
Penyakit X Dan Kesiapsiagaan Malaysia

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023, 18:00 – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berwaspada dan mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan penyakit X muncul di negara ini. Penyakit X adalah istilah yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2018, merujuk kepada sejenis patogen yang tidak diketahui, namun ia berpotensi menyebabkan wabak di seluruh […]
Pengemaskinian & Pelaksanaan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan Bagi Menghadapi Jerebu.

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2023, 18:04 – JAWATANKUASA Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat akan diaktifkan oleh NADMA apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam. Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini menunjukkan 1 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 56 kawasan mencatatkan status kualiti […]
Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Baharu

Kuala Lumpur, 02 Oktober 2023, 16:41 – SETINGGI-TINGGI tahniah kepada YBRS. Dr. Ridzwan Bakar atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2023. Beliau merupakan anak kelahiran Klang, Selangor yang memiliki pengalaman luas dalam bidang ekonomi khususnya dalam kewangan Islam dan wakaf. Berkelulusan Doktor Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari […]
PELAKSANAAN SISTEM KUTIPAN TOL SECARA PEMBAYARAN TERBUKA SECARA RASMI BERMULA 29 SEPTEMBER 2023

Kuala Lumpur, 29 September 2023, 22:15 – KEMENTERIAN Kerja Raya telah mengeluarkan satu kenyataan media, sejajar dengan kempen MYJalan untuk melaksanakan dan memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya, sistem kutipan tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) telah dilancarkan secara rasmi oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini bertempat di Plaza Tol Loke […]
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani Dilantik Sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd

Kuala Lumpur, 2 September 2023 ,9.10 pagi. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang telah melepaskan jawatan berkenaan pada 20 Dis 2022. Ketika ini Acryl Sani juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan […]