Yayasan Waqaq Malaysia

Kuala Lumpur, 02 Oktober 2023, 16:41 – SETINGGI-TINGGI tahniah kepada YBRS. Dr. Ridzwan Bakar atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2023. Beliau merupakan anak kelahiran Klang, Selangor yang memiliki pengalaman luas dalam bidang ekonomi khususnya dalam kewangan Islam dan wakaf. Berkelulusan Doktor Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Teknologi Mara dan Sarjana Pengurusan Kewangan dari University of Hull, United Kingdom dan Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dr. Ridzwan Bakar sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Yayasan Multimedia Malaysia (MMU) dan Pensyarah Profesional di MMU sejak tahun 2011. Beliau juga merupakan seorang akauntan yang bertauliah dan pakar rujuk dalam bidang Kewangan Sosial Islam dan Wakaf. Sebelum menyertai MMU secara sepenuh masa, beliau mempunyai lebih daripada 21 tahun pengalaman dalam sektor korporat dengan menerajui jawatan sebagai Ketua Jabatan Strategi Korporat, Kewangan Korporat, Akauntan di Telekom Malaysia, TMNet Sdn. Bdn, Projek Multimedia Super – Corridor (MSC) dan Sapura Holdings.

Sebagai ahli profesional dan pakar rujuk dalam bidang Kewangan Sosial Islam dan Wakaf, beliau banyak terlibat dengan bidang perundingan dan nasihat di dalam dan luar negara. Beliau pernah menerajui beberapa perundingan dan penasihat berimpak tinggi dalam bidang wakaf antaranya sebagai Ahli Perunding Wakaf Brunei Darussalam pada tahun 2021 – 2022 dan pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 2019 – 2021.

Kini, beliau turut mengetuai beberapa projek berskala besar iaitu sebagai Pengerusi Blueprint Islamic Socio Economy for Malaysia (DSEU), Ahli Pakar Penasihat Waqf Smart City Pahang, Malaysia pada tahun 2017-2024, Malaysia Islamic Accounting Standards for Baitulmal, Zakat and Waqf (PPIBZW Accountants’ General, Malaysia) pada tahun 2018-2024, dalam kajian mengenai Hospital Wakaf dan Wakaf Digital Global. Beliau juga aktif dan mengetuai beberapa badan NGO seperti Bendahari dan Ahli Majlis Tindakan Wakaf Antarabangsa (iWaqf), Pengasas dan Pemilik Sekolah Pondok Al-Quran Wakaf Pasentren Miftahulkhoir (MQBS), Bandung, Indonesia dan Tabung Warisan Kesihatan (TWKK).

Dengan pengalaman luas lebih dari 21 tahun di dalam sektor korporat dan bidang Kewangan Sosial Islam khususnya wakaf, Dr. Ridzwan Bakar akan menerajui dan memperkukuhkan lagi operasi dan gerak kerja YWM sekaligus memacu pembangunan wakaf di Malaysia.

#PrezCom