TnG Perkenal Kad NFC Edisi Terhad dengan Lampu LED: Fenomena Baharu dalam Pembayaran Digital

KUALA LUMPUR, 6 Jun 2025. Touch ‘n Go (TnG), peneraju teknologi pembayaran digital di Malaysia, telah melancarkan kad NFC edisi terhad yang pertama seumpamanya, dilengkapi dengan fungsi lampu LED terbina dalam. Inovasi unik ini, yang bertemakan “You Light Up My Life”, memaparkan grafik istimewa serta memberi pengalaman berbeza kepada pengguna setiap kali ia digunakan. Kad […]

Permit Masuk Kenderaan (VEP) Diwajibkan Sepenuhnya Bermula 1 Julai di Sempadan Malaysia-Singapura

PUTRAJAYA, 5 Jun 2025. Kerajaan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Julai 2025 bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan memperkemaskan kawalan kenderaan asing yang memasuki negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dalam sidang medianya hari ini berkata, penguatkuasaan ini dibuat mengikut Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan […]

Remaja Antara Lima Ditahan Susulan Pergaduhan di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2025. Lima individu termasuk seorang remaja berusia 17 tahun ditahan reman sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan polis berhubung pergaduhan yang berlaku berhampiran Dataran Merdeka baru-baru ini. Kejadian itu menarik perhatian ramai selepas rakaman video berdurasi 23 saat mengenai insiden tersebut tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten […]

SPRM Bongkar Penyelewengan Dana Lebuhraya RM143 Juta, Libatkan Aset Mewah dan Aktiviti Judi

KUALA LUMPUR 4 Jun 2025. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti penyelewengan dana sukuk bernilai kira-kira RM143 juta yang sepatutnya digunakan untuk pembinaan lebuhraya di Lembah Klang. Operasi yang bermula minggu lalu membongkar pemilikan aset-aset mewah serta aktiviti judi dan pembelian arak oleh seorang pemegang konsesi bergelar Tan Sri. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, […]

SIARAN MEDIA -AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA (AKPS) 279 WARGA ASING TIDAK DIBENARKAN MASUK, DIARAH PULANG – REKOD TERTINGGI DALAM SATU HARI

SEPANG, 4 Jun 2025. Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) KLIA mencatat satu kejayaan besar apabila berjaya menghalang kemasukan serta menghantar pulang seramai 279 warganegara asing dari Bangladesh, Pakistan dan India yang didapati tidak memenuhi syarat kemasukan ke Malaysia, di sini, semalam. Jumlah ini merupakan rekod harian tertinggi bagi kes Not-To-Land (NTL) sejak penubuhan Pasukan Pemantau […]

PERKESO Berjaya Selamatkan RM48.64 Juta Daripada Penipuan Faedah dan Elaun

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2025 – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah berjaya menyelamatkan dana keselamatan sosial bernilai lebih RM48.64 juta hasil daripada tindakan tegas terhadap kes-kes penipuan faedah dan elaun sejak tahun 2020. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, memaklumkan bahawa sejak tahun 2020, hampir 1,200 kes disyaki penipuan faedah telah disiasat, melibatkan tuntutan […]

Kementerian Pendidikan Keluarkan Garis Panduan Kod Pakaian dan Media Sosial untuk Guru

PUTRAJAYA, 3 Jun 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan rasmi berkaitan kod pakaian dan penggunaan media sosial untuk guru-guru bagi memastikan tingkah laku dan imej guru sentiasa dijaga dengan baik. Melalui surat pekeliling bertarikh 30 Mei 2025 yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Operasi Sekolah), Zainal Abas, guru-guru di seluruh negara […]

WHO Pantau Varian Baharu Covid-19 NB.1.8.1, Sudah Merebak ke 22 Negara Termasuk Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 3 Jun 2025. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sedang memantau secara serius varian baharu Covid-19 yang dikenali sebagai NB.1.8.1, yang telah merebak ke 22 negara, termasuk negara-negara di Asia Tenggara, Eropah, Amerika Utara dan Selatan sehingga 28 Mei 2025. Varian NB.1.8.1 merupakan keturunan varian Omicron JN.1 dan dikategorikan sebagai “varian yang sedang dipantau”. […]

Pemilik Lepaskan SUV Elektrik Selepas Insiden Berhenti Mengejut di Lebuh Raya

SHAH ALAM, 3 Jun 2025. Pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh, BYD Atto 3, yang mengalami insiden cemas apabila kenderaan tersebut berhenti secara tiba-tiba di tengah Lebuh Raya Cheras-Kajang, telah memulangkan semula kenderaan tersebut kepada pihak BYD Sime Motors. Penyelesaian ini melibatkan pembayaran penuh baki pinjaman bank oleh pihak BYD Sime Motors. Izwan Hassan, […]

SIARAN MEDIA – MALAYSIA DILANTIK PRESIDEN SESI KETIGA UN-HABITAT BAGI TEMPOH 2025–2027

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2025 – Malaysia mencatat sejarah apabila dilantik sebagai Presiden sesi ketiga Perhimpunan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi tempoh 2025 hingga 2027. Selain itu, Malaysia turut dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat bagi sesi 2027 hingga 2029. Pelantikan ini menggambarkan pengiktirafan komuniti antarabangsa terhadap komitmen dan usaha Malaysia dalam […]