TnG Perkenal Kad NFC Edisi Terhad dengan Lampu LED: Fenomena Baharu dalam Pembayaran Digital
KUALA LUMPUR, 6 Jun 2025. Touch ‘n Go (TnG), peneraju teknologi pembayaran digital di Malaysia, telah melancarkan kad NFC edisi terhad yang pertama seumpamanya, dilengkapi dengan fungsi lampu LED terbina dalam. Inovasi unik ini, yang bertemakan “You Light Up My Life”, memaparkan grafik istimewa serta memberi pengalaman berbeza kepada pengguna setiap kali ia digunakan. Kad […]
SPRM Bongkar Penyelewengan Dana Lebuhraya RM143 Juta, Libatkan Aset Mewah dan Aktiviti Judi

KUALA LUMPUR 4 Jun 2025. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti penyelewengan dana sukuk bernilai kira-kira RM143 juta yang sepatutnya digunakan untuk pembinaan lebuhraya di Lembah Klang. Operasi yang bermula minggu lalu membongkar pemilikan aset-aset mewah serta aktiviti judi dan pembelian arak oleh seorang pemegang konsesi bergelar Tan Sri. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, […]
Pemilik Lepaskan SUV Elektrik Selepas Insiden Berhenti Mengejut di Lebuh Raya

SHAH ALAM, 3 Jun 2025. Pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh, BYD Atto 3, yang mengalami insiden cemas apabila kenderaan tersebut berhenti secara tiba-tiba di tengah Lebuh Raya Cheras-Kajang, telah memulangkan semula kenderaan tersebut kepada pihak BYD Sime Motors. Penyelesaian ini melibatkan pembayaran penuh baki pinjaman bank oleh pihak BYD Sime Motors. Izwan Hassan, […]
Lebih 400,000 Guru Terima Baucar Buku, Usaha Memperkukuh Budaya Membaca

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2025. Lebih 400,000 guru di seluruh negara bakal menerima baucar buku tahun ini sebagai usaha kerajaan memperluas insentif bagi mengukuhkan budaya membaca dalam kalangan rakyat, khususnya pelajar sekolah dan universiti. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif ini merupakan pengiktirafan kepada peranan penting guru dalam menyebarkan ilmu dan memupuk minat […]
ASEAN: Deklarasi Kuala Lumpur 2045 Tetapkan Hala Tuju Strategik ASEAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2025. Semua pemimpin 10 negara anggota ASEAN termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, iaitu visi strategik jangka panjang yang menjadi panduan pembangunan komuniti ASEAN untuk tempoh dua dekad akan datang. Deklarasi yang dimeterai dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Kuala […]
Hukum Kongsi Satu Bahagian Korban: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025. Setiap kali tiba musim Aidiladha, persoalan mengenai hukum perkongsian satu bahagian haiwan korban sering timbul dalam kalangan umat Islam. Ramai yang keliru sama ada boleh atau tidak berkongsi satu bahagian korban, misalnya 1/7 daripada lembu, untuk beberapa individu secara serentak seperti bapa, ibu, isteri dan anak-anak. Menurut hadis yang diriwayatkan […]
ASEAN: ASEAN, GCC dan China Berhasrat Kukuhkan Kerjasama Industri Halal Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Mei. Beberapa negara ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam industri halal. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata minat tersebut dizahirkan susulan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri halal di peringkat global. “Mereka mahu […]
ASEAN: Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 Berjaya, Raih Perhatian Media Global

SEPANG, 28 Mei. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur sebagai satu kejayaan besar yang menarik perhatian meluas media tempatan dan antarabangsa. Fahmi, yang juga merupakan jurucakap kerajaan MADANI, berkata sidang kemuncak yang bermula pada Isnin lalu mendapat liputan positif daripada pelbagai […]
Kes Rasuah Terowong Dasar Laut Pulau Pinang: Saksi Utama Dedah Bukti Baharu, Terpaksa Berkata Benar

KUALA LUMPUR, 28 Mei. Saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, mengaku terpaksa berkata benar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan bukti dan dokumen baharu yang kukuh dalam kes ini. Datuk Zarul Ahmad, bekas pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), pada mulanya ingin […]
ASEAN: Sejarah Tarif AS dan Impaknya kepada ASEAN

WASHINGTON 28 Mei 2025. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 24 Mei mengumumkan ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 25% terhadap produk telefon pintar buatan Apple Inc dan Samsung Electronics Co, bertujuan memindahkan operasi pengilangan ke AS. Sejarah tarif agresif AS bermula pada tahun 2018 apabila Trump mula mengenakan tarif tinggi terhadap produk import dari […]