Pencerobohan Privasi Perkongsian Data Tanpa Nama

CYBERJAYA, 11 un 2025. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan bahawa langkah perkongsian data peranti mudah alih (Mobile Positioning Data – MPD) tanpa nama dengan pihak kerajaan bukanlah satu bentuk pencerobohan privasi, sebaliknya amalan biasa sejajar dengan piawaian teknologi global dan keperluan pembangunan negara. Penjelasan ini hadir susulan kebimbangan orang awam mengenai pengumpulan dan […]

Ciri Baharu Instagram ‘Trial Reels’ Bantu Pencipta Kandungan Capai Audiens Lebih Luas

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025.  Platform media sosial Instagram memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai trial Reels yang kini terbukti mampu membantu pencipta kandungan meningkatkan capaian dan memperhalusi strategi kandungan mereka dan ini termasuk dalam kalangan pencipta kandungan tempatan di Malaysia. Ciri trial Reels, yang telah diperkenalkan secara ujian sejak enam bulan lalu, membolehkan kandungan video […]

Cukai Jualan 5-10% Asas Bermula 1 Julai

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2025. Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa kadar cukai jualan antara 5% hingga 10% akan dikenakan ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas bermula 1 Julai 2025, manakala kadar 0% bagi barangan keperluan asas dikekalkan. Langkah ini merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) negara bagi meningkatkan hasil […]

SIARAN MEDIA – PERLUASAN SKOP CUKAI JUALAN (CJ) DAN CUKAI PERKHIDMATAN (CP) MULAI 1 JULAI 2025

PUTRAJAYA, 10 Jun 2025. Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024, Kerajaan MADANI akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai 2025. Langkah ini bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa […]

Pengurangan 5,000 Kakitangan PETRONAS: Langkah Penstrukturan Susulan Cabaran Global

SEPANG 9 Jun 2025. Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) akan mengurangkan kira-kira 5,000 kakitangan secara berperingkat sepanjang tahun depan, dengan kebanyakan daripada mereka merupakan pekerja kontrak, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kebanyakannya kontrak,” jelas Perdana Menteri ringkas ketika ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran […]

Pengecualian E-Invois: Ruang Bernafas untuk Perniagaan Kecil di Malaysia

PETALING JAYA, 9 Jun 2025. Perniagaan kecil di Malaysia yang mencatat pendapatan tahunan RM500,000 dan ke bawah kini boleh menarik nafas lega berikutan keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi pengecualian sepenuhnya daripada pelaksanaan sistem e-invois. Namun, persatuan perdagangan mengingatkan perniagaan lain supaya memanfaatkan tempoh penangguhan ini secara bijak dan bersiap sedia sepenuhnya bagi pelaksanaan […]

Lonjakan Kes Keracunan Vape Berbahan Terlarang Cetus Kebimbangan Kesihatan Awam di Malaysia

GEORGE TOWN, 7 Jun 2025. Malaysia kini berhadapan dengan ancaman kesihatan awam baharu apabila berlaku peningkatan mendadak kes keracunan vape yang dipercayai berpunca daripada penggunaan bahan terlarang, khususnya vape berperisa ‘Magic Mushroom’. Situasi membimbangkan ini dilaporkan oleh Pusat Racun Negara (PRN) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Pegawai Farmasi PRN USM, Mohd Fadhli Razali […]

AI Ambil Alih Tugas, Pengambilan Pekerja Profesional Menurun Drastik

KUALA LUMPUR, 7 Jun 2025. Revolusi kecerdasan buatan (AI) kini semakin nyata memberi impak besar terhadap pasaran kerja profesional, dengan pelbagai syarikat ternama mula mengurangkan pengambilan pekerja bagi jawatan yang boleh dilakukan AI. Menurut kajian terkini oleh Revelio Labs, sebuah syarikat analitik data tenaga kerja, terdapat penurunan sebanyak 19% dalam tugas-tugas yang boleh diambil alih […]

Operasi Rentas Sempadan: Lebih 100 Ditahan di Singapura, Kerjasama Malaysia dan Negara Serantau Gugat Sindiket Penipuan

SINGAPURA, 6 Jun 2025. Lebih 1,800 individu telah ditahan dalam operasi antipenipuan berskala besar melibatkan kerjasama tujuh wilayah termasuk Malaysia, dalam usaha menggugat sindiket jenayah penipuan rentas sempadan yang semakin berleluasa. Dalam operasi dikenali sebagai Operasi Frontier+ yang berlangsung selama sebulan dari 28 April hingga 28 Mei 2025, Pasukan Polis Singapura (SPF) mengesahkan seramai 106 […]

Singapura Ambil Alih Tanah Malaysia untuk Perluaskan Kompleks Imigresen Woodlands bagi Atasi Kesesakan Kronik

PETALING JAYA, 6 Jun 2025. Kerajaan Singapura telah mengumumkan rancangan untuk mengambil alih dua plot tanah milik Malaysia bagi memperluaskan Kompleks Imigresen Woodlands, bertujuan menangani kesesakan kronik di sempadan antara kedua-dua negara. Projek pembesaran ini dijangka mengambil masa 10 hingga 15 tahun dan akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama bermula pada suku ketiga 2025. […]