Mahkamah Rayuan Kekalkan Keputusan Batal Denda RM86.8 Juta MyCC Terhadap Grab

PUTRAJAYA, 20 Mac 2025 – Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan cadangan denda RM86.8 juta oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap Grab Holdings Inc dan anak syarikatnya, GrabCar Sdn Bhd serta MyTeksi Sdn Bhd. Keputusan ini menandakan kemenangan buat syarikat e-hailing tersebut dalam cabaran undang-undang terhadap dakwaan penyalahgunaan kedudukan dominan. Panel tiga […]

Malaysia Mengecam Serangan Israel ke atas Gaza, Berikrar Terus Memberi Sokongan

NIBONG TEBAL, 19 Mac 2025 – Malaysia dengan tegas mengecam serangan terbaharu Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 400 rakyat Palestin dan mencederakan ratusan yang lain. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Malaysia akan terus mengangkat bantahan melalui pelbagai saluran diplomasi termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan […]

JAKIM Bertindak Terhadap Kenyataan Kontroversi di Media Sosial yang Mencemarkan Imej Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan pertemuan dengan seorang penulis dan usahawan yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dalam satu hantaran di Facebook. Pertemuan itu turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Pejabat Mufti Selangor bagi menasihati serta memberi peringatan terhadap penyebaran kandungan […]

Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) Bantah Arahan Papar Harga Ubat

Kuala Lumpur, 17 Mac 2025. Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) menegaskan bantahan tegas terhadap arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mewajibkan klinik pengamal perubatan am (GP) memaparkan harga ubat bermula 1 Mei 2025. FPMPAM memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang serta langkah kolektif secara nasional sekiranya peraturan ini dikuatkuasakan. Namun, Menteri Kesihatan, Datuk […]

GOOGLE BERTINDAK TEGAS HAPUS APLIKASI BERBAHAYA17 Mac 2025

Kuala Lumpur, 17 Mac 2025 Google terus memperketat kawalan keselamatan terhadap aplikasi di Play Store selepas beberapa ancaman siber yang semakin meningkat. Dalam tempoh seminggu yang lalu, syarikat gergasi teknologi ini telah mengambil tindakan tegas dengan menghapuskan ratusan aplikasi berbahaya yang telah dimuat turun oleh jutaan pengguna Android di seluruh dunia. Langkah ini dibuat susulan […]

Usul Laranga Alkohol Dalam Majlis Badan Peguam Di Tolak Pada Mesyuarat Agung Ke-79

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2025. Usul yang mencadangkan larangan penyediaan dan pengambilan minuman beralkohol dalam acara anjuran Badan Peguam Malaysia serta jawatankuasa peguam negeri ditolak dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-79 yang berlangsung di Wisma MCA, semalam. Usul yang dibawa oleh Aqbal Shiffuddin bin Adnan Sallehudin bertujuan melarang penyediaan alkohol dalam acara rasmi badan itu, […]

DBKL Hanya Tahu Saman Tapi Tidak Ada Penguatkusaan

Kuala Lumpur, 15 Mac 2025. Kemudahan pakir yang mencukui sudah semestinya menjadi satu keperluan utama terutama bagi pengunjung-pengunjung pasaraya. Hasil Tinjauan wartawan Prezcom di Jalan Langkawi, Taman Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur mendapati sebahagian besar pengunjung terpaksa meletakkan kenderaan di jalan utama dan ada juga diantara mereka yang terpaksa ‘double park’ di tepi jalan kerana […]

SPRM Lancar Siasatan Terhadap Salah Laku di Sapura Energy di Tengah-tengah Suntikan Modal RM1.1 Bilion oleh Kerajaan

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2025. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka dua kertas siasatan berkaitan dakwaan rasuah, penyelewengan, dan salah urus kewangan di Sapura Energy Bhd (SEB). Ini berlaku di tengah-tengah keputusan kerajaan untuk menyuntik modal sebanyak RM1.1 bilion ke dalam syarikat tersebut bagi menstabilkan sektor minyak dan gas. Menurut sumber, siasatan ini bermula […]

Pakar PBB Tuduh Israel Melakukan Tindakan Genosid dan Keganasan Seksual di Gaza

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2025 Sekumpulan Pakar Hak Asasi Manusia yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel melakukan tindakan genosid terhadap rakyat Palestin dengan secara sistematik memusnahkan kemudahan kesihatan wanita serta menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang dalam konflik di Gaza. Dalam laporan yang diterbitkan pada Khamis, Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas PBB mengenai […]

Menteri Dalam Negeri Menafikan Dakwaan Palsu Mengenai Pemberian Kewarganegaraan Warga China

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2025. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa dakwaan yang tersebar di media sosial mengenai kelulusannya terhadap pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran kepada warga China adalah tidak benar dan berniat jahat. Beliau menekankan kepentingan masyarakat untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu. “Dakwaan ini […]