
Kuala Lumpur, 18 April 2025. Malaysia di kejutkan oleh isu penerbitan dua akbar berbahasa cina yang telah menyiarkan paparan Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit pada muka depan akhbar bertarikh 15 dan 16 April lalu. Isu tersebut telah mendapat perhatian KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan baginda menyifatkannya sebagai kecuaian serius yang boleh menyinggung sensitiviti masyarakat majmuk negara ini.
Bendera Malaysia yang dikenali sebagai Jalur Gemilang mempunyai sejarah dan maksud yang mendalam. Pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk memilih reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru, termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.
Reka bentuk yang dicipta oleh Mohamed Bin Hamzah, seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya, telah dipilih sebagai pemenang dan kemudian dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950. Bendera ini mula dikibarkan pada 26 Mei 1950 di hadapan Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Setiap unsur dalam bendera Malaysia mempunyai makna tersendiri. Perkataan “Jalur” merujuk kepada 14 jalur merah dan putih yang melambangkan hala tuju yang sama bagi seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga Sabah. Manakala “Gemilang” bermaksud bercahaya dan cemerlang, menggambarkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang.
Warna-warna pada bendera juga mempunyai simbolik tersendiri:
- Biru: Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum
- Merah: Menunjukkan keberanian menghadapi cabaran
- Putih: Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat
- Kuning: Melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan
Bulan sabit dan bintang pula menggambarkan Islam sebagai agama persekutuan. Bintang berbucu 14 mewakili perpaduan 13 negeri dan 1 wilayah persekutuan, manakala 14 jalur berwarna merah dan putih juga melambangkan komponen yang sama dalam negara Malaysia.
Mari kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat patriotik sebagai lambang cinta kepada negara.
Sumber Grafik: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri
#Prezcom