Amaran Varian Baharu Covid-19 ‘Stratus’: Jangkitan Melonjak Empat Kali Ganda dalam Sebulan!

  LONDON, 5 Julai 2025. Varian baharu Covid-19 dikenali sebagai “Stratus” atau XFG melonjak empat kali ganda dalam tempoh sebulan sahaja di United Kingdom (UK), mencetuskan kebimbangan terhadap gelombang jangkitan baharu yang lebih pantas menular. Data terkini Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) menunjukkan varian ini meningkat daripada 10 peratus pada Mei kepada hampir 40 peratus […]

Kes HIV Dalam Kalangan Pelajar IPT Terus Meningkat

  KUALA LUMPUR, 5 Julai 2025. Peningkatan mendadak kes jangkitan HIV dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia menuntut pendekatan pencegahan yang lebih inovatif, berani dan bersifat mesra remaja. Data terkini Majlis AIDS Malaysia (MAM) mendedahkan sebanyak 44 peratus kes HIV baharu melibatkan belia berumur antara 20 hingga 29 tahun, dengan 1,091 kes […]

Umur Persaraan Hingga 74 Tahun Mengundang Risiko Kesihatan dan Ekonomi – Kajian Saintifik

  KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025. Cadangan menaikkan umur persaraan kepada 74 tahun, seperti yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan United Kingdom (UK), menimbulkan kontroversi hebat berikutan implikasi kesihatan dan sosial yang serius. Pakar-pakar kesihatan dan ekonomi memberi amaran bahawa langkah tersebut mungkin akan membebankan golongan warga emas yang tidak berupaya untuk terus bekerja sehingga usia […]

Tali Pinggang Keledar Rosak? JPJ Arahkan Penumpang Bas Ekspres Segera Buat Aduan

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025. Penumpang bas ekspres dan bas persiaran di Malaysia diminta segera membuat laporan terus kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya mendapati tali pinggang keledar di tempat duduk mereka mengalami kerosakan atau tidak berfungsi. Aduan boleh dikemukakan melalui aplikasi MyJPJ berserta bukti foto atau video serta butiran perjalanan bagi memudahkan siasatan lanjut […]

Sultan Pahang Tegaskan Lagi, Desak Larangan Vape di Seluruh Negara Demi Lindungi Generasi Muda

  KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekali lagi menegaskan gesaan baginda supaya kerajaan persekutuan melaksanakan larangan menyeluruh terhadap penggunaan rokok elektronik (vape). Titah baginda ini berikutan kebimbangan serius terhadap peningkatan penggunaan vape dalam kalangan generasi muda dan risiko kesihatan yang amat membimbangkan. Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa larangan […]

Lebih 2 Juta Saman Masih Tertunggak: JPJ Lanjutkan Bayaran Kompaun Khas RM150 Hingga 31 Disember 2025

PERINGGIT, MELAKA, 3 Julai 2025 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan lanjutan tempoh Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate sebanyak RM150 sehingga 31 Disember 2025, bagi memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan saman tertunggak tanpa dikenakan denda lebih tinggi. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata lanjutan ini melibatkan tiga kategori utama saman […]

Penguatkuasaan Tali Pinggang Keledar Diperluas: JPJ Timbang Wajibkan untuk Bas Sekolah dan Awam Lain

MELAKA, 3 Julai 2025 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dalam pertimbangan untuk meluaskan peraturan pemakaian tali pinggang keledar kepada kategori bas awam lain termasuk bas sekolah, sebagai langkah tambahan meningkatkan keselamatan penumpang. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pihaknya sedang menjalankan penilaian terhadap kesesuaian mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi perkhidmatan pengangkutan […]

Serangan Anjing Liar Meningkat: Tindakan Tegas dan Kerjasama Komuniti Diperlukan

SEREMBAN, 29 Jun 2025. Baru-baru ini sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, dengan jumlah aduan meningkat ketara kepada 1,478 kes. Insiden tragis yang membabitkan serangan anjing liar di pelbagai lokasi seluruh negara menunjukkan betapa seriusnya isu ini dan keperluan […]

Wabak Hantavirus di Indonesia Cetus Kebimbangan, Malaysia Perlu Tingkatkan Langkah Berjaga-Jaga

KUALA LUMPUR 2 JUN 2025.  Sebanyak lapan kes demam berdarah dengan sindrom buah pinggang (HFRS) akibat jangkitan hantavirus dilaporkan di empat wilayah di Indonesia iaitu Yogyakarta, Jawa Barat, Nusa Tenggara Timur dan Sulawesi Utara setakat 19 Jun 2025. Kementerian Kesihatan Indonesia dalam kenyataan rasminya pada Sabtu lalu mengesahkan bahawa kesemua pesakit yang dijangkiti kini telah […]

WhatsApp Kini Boleh Hantar Fail Hingga 2GB Secara Terus Dalam Chat, Jamin Keselamatan Data Pengguna

KUALA LUMPUR. 2 JULY 2025. Aplikasi komunikasi popular, WhatsApp kini menawarkan kemudahan menghantar fail bersaiz besar sehingga 2GB secara terus melalui ruang sembang (chat). Ciri terbaharu ini dilengkapi enkripsi hujung-ke-hujung bagi memastikan keselamatan data pengguna, mula tersedia untuk semua pengguna sejak Jun 2025. Kemudahan baharu ini membolehkan pengguna menjimatkan masa dengan memuat naik dan berkongsi […]