Sindiket Jual Sijil Kelahiran Palsu dengan Harga Sehingga RM50,000 Dibongkar

KUALA LUMPUR, 19 Mac 2025 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membongkar satu sindiket yang didakwa menjual sijil kelahiran lewat dengan harga antara RM10,000 hingga RM50,000 kepada ibu bapa anak angkat atau individu yang tidak mempunyai kewarganegaraan. Sindiket ini beroperasi dengan menyalahgunakan prosedur pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui penggunaan dokumen sokongan […]
Penguatkuasaan Pemaparan Harga Ubat Menjamin Ketelusan & Kesejahteraan Pengguna

Kuala Lumpur, 18 Mac 2025 Persatuan Farmasi Muslim Selangor (PERFOMS) menyambut baik pelaksanaan inisiatif Pemaparan Harga Ubat di farmasi komuniti dan kemudahan jagaan kesihatan swasta seperti yang ditetapkan dalam Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pemaparan Harga Bagi Ubat) 2025. Langkah ini selari dengan matlamat ketelusan harga ubat dan keadilan kepada pengguna, khususnya dalam memastikan masyarakat […]
Kerugian Jenayah Komersial di Malaysia Mencecah RM3.1 Bilion pada 2024

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2025 – Malaysia mencatatkan lonjakan ketara dalam kes jenayah komersial pada tahun 2024, dengan jumlah kerugian mencecah RM3.11 billion berbanding RM2.1 bilion pada 2023 dan RM1.7 bilion pada 2022. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah membuka 41,701 kertas siasatan sepanjang tahun lalu, menandakan peningkatan mendadak dalam […]
JAKIM Bertindak Terhadap Kenyataan Kontroversi di Media Sosial yang Mencemarkan Imej Nabi Muhammad

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan pertemuan dengan seorang penulis dan usahawan yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dalam satu hantaran di Facebook. Pertemuan itu turut dihadiri oleh wakil dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Pejabat Mufti Selangor bagi menasihati serta memberi peringatan terhadap penyebaran kandungan […]
Israel Lakukan Serangan Udara Ke Atas Petugas Kemanusiaan di Gaza

Kuala Lumpur, 17 Mac 2025. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, yang telah meragut nyawa lapan sukarelawan kemanusiaan, termasuk tiga petugas media pada Sabtu, 15 Mac. Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, serangan yang berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan […]
Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) Bantah Arahan Papar Harga Ubat

Kuala Lumpur, 17 Mac 2025. Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) menegaskan bantahan tegas terhadap arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mewajibkan klinik pengamal perubatan am (GP) memaparkan harga ubat bermula 1 Mei 2025. FPMPAM memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang serta langkah kolektif secara nasional sekiranya peraturan ini dikuatkuasakan. Namun, Menteri Kesihatan, Datuk […]
GOOGLE BERTINDAK TEGAS HAPUS APLIKASI BERBAHAYA17 Mac 2025

Kuala Lumpur, 17 Mac 2025 Google terus memperketat kawalan keselamatan terhadap aplikasi di Play Store selepas beberapa ancaman siber yang semakin meningkat. Dalam tempoh seminggu yang lalu, syarikat gergasi teknologi ini telah mengambil tindakan tegas dengan menghapuskan ratusan aplikasi berbahaya yang telah dimuat turun oleh jutaan pengguna Android di seluruh dunia. Langkah ini dibuat susulan […]
Ahli Politik Perlu Hormat Bulan Ramadhan dan Amalkan Politik Bermaruah

Kuala Lumpur, 17 Mac 2025 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Air Kuning agar menghormati kesucian bulan Ramadhan dengan mengamalkan politik yang matang, menjaga adab pertuturan, serta menolak budaya politik kotor yang boleh mencemarkan nilai Islam. Ramadhan merupakan bulan yang menuntut kesabaran, keikhlasan, dan keadilan. […]
SPRM Bongkar Sindeket Pendaftaran Kelahiran Palsu

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2025 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membongkar satu sindiket yang terlibat dalam pendaftaran kelahiran palsu dengan menahan seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah antara RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran yang dikeluarkan secara tidak sah. Individu berkenaan ditahan dalam Operasi Outlander, satu operasi khas yang menyasarkan sindiket […]
Larangan Penjualan Arak di Kawasan Majoriti Penduduk Islam

IPOH, 16 Mac 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengumumkan bahawa kajian mengenai larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam akan diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha menilai keberkesanan dasar pengawalan jualan arak di Malaysia. Kajian ini melibatkan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk peniaga, masyarakat setempat, dan pakar undang-undang bagi memastikan pendekatan […]