Kebakaran Gas Putra Heights – Amaran Awal Diabaikan, Siasatan Menyeluruh Dituntut

KUALA LUMPUR,2 April 2025 – Tragedi kebakaran dan letupan saluran paip gas PETRONAS di Putra Heights, Subang Jaya yang menggegarkan negara pada 1 April lalu kini mencetuskan persoalan besar berkaitan keutamaan keselamatan awam, keberkesanan pemantauan dan kebertanggungjawaban pihak terlibat. Insiden berbahaya yang menyebabkan kerosakan kepada lebih 190 unit rumah, 148 kereta dan 11 motosikal ini […]
Krisis Rumah Mampu Milik – Mengapa Harga Tidak Turun Walaupun Banyak Projek Siap?

KUALA LUMPUR, 2 April 2025 – Walaupun berpuluh ribu unit kediaman telah siap dibina, harga rumah di Malaysia kekal tinggi dan terus di luar jangkauan majoriti rakyat berpendapatan sederhana. Laporan terkini Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2024 menunjukkan lebih 27,000 unit rumah tidak terjual, namun harga median perumahan masih berada sekitar RM458,000 – jauh melebihi […]
Petronas Umum Langkah Penstrukturan Semula Tenaga Kerja untuk Kelangsungan Masa Depan

KUALA LUMPUR, 1 April 2025 – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan pelaksanaan penstrukturan semula tenaga kerja sebagai langkah strategik bagi memastikan daya tahan syarikat dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, menegaskan bahawa langkah ini bukanlah satu pembuangan pekerja secara besar-besaran, tetapi […]
Grab Malaysia Perkukuh Inisiatif Inklusiviti, Pemerkasaan dan Inovasi Keselamatan dalam Ekonomi Gig

KUALA LUMPUR, 1 April 2025 – Grab Malaysia terus memperkukuh peranannya dalam memacu masa depan ekonomi digital yang lebih inklusif dan selamat dengan memberi fokus kepada pemerkasaan golongan orang kurang upaya (OKU), wanita, dan komitmen terhadap keselamatan dalam perjalanan melalui inovasi teknologi terkini. Pengarah Urusannya, Adelene Foo, menyatakan bahawa Grab komited untuk menyediakan peluang pendapatan […]
Bencana Tahap 1: Kebakaran Besar Saluran Paip Gas Petronas di Puchong, Penduduk Dipindahkan

KUALA LUMPUR, 1 April – Satu kebakaran besar melibatkan saluran paip gas milik Petronas Gas Bhd telah berlaku berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor kira-kira jam 8:10 pagi Selasa, menyebabkan kebimbangan meluas dalam kalangan penduduk dan memaksa tindakan pemindahan segera dilakukan. Insiden ini telah diklasifikasikan sebagai Bencana Tahap Satu oleh pihak berkuasa tempatan. Penolong Pengarah Operasi […]
Malaysia di Persimpangan Digital – Bersediakah Kita Menjadi Hab Data Serantau?

KUALA LUMPUR, 1 April 2025 – Malaysia kini berdiri di ambang perubahan besar sebagai pemain utama dalam ekonomi digital rantau Asia Tenggara, namun persoalan kritikal terus berlegar: adakah negara benar-benar bersedia untuk menjadi hab pusat data serantau yang mampan dan berdaya saing? Dengan pengumuman pelaburan bernilai RM10 bilion oleh Microsoft untuk mendirikan tiga pusat […]
Perlindungan Data Peribadi: Keutamaan dalam Ekosistem Perniagaan Digital

PUTRAJAYA, 31 Mac 2025 – Dalam usaha memperkukuh perlindungan data peribadi dan memastikan kepatuhan sektor perniagaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), Kerajaan menerusi Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah meningkatkan penguatkuasaan terhadap premis yang gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan pengendalian maklumat pelanggan. Menurut JPDP, pemantauan secara berkala akan dilaksanakan bagi menilai […]
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2025 Kami mendoakan ‘kegembiraan, keamanan, kemakmuran dan perpaduan’ kepada seluruh rakyat Malaysia dan dengan ucapan maaf zahir dan batin dari seluruh warga Prezcom.
Pelihara Kemuliaan Syawal: Hari Kemenangan dan Kebersihan Jiwa

Kuala Lumpur, 31 Mac 2025 Hari ini umat Islam merayakan Aidilfitri. Aidilfitri, yang dikenali sebagai Hari Kemenangan, merupakan perayaan istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan menjadi lambang kejayaan dalam menunaikan ibadah puasa serta meningkatkan amalan kebaikan dan kebajikan. Lebih daripada sekadar hari perayaan, Aidilfitri membawa […]
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) Terus Perkasa Usaha Membentrans Jenayah Siber

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2025 – Kerajaan terus memperhebat usaha membanteras jenayah siber dengan memperkukuh peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebagai pusat utama untuk menangani kes penipuan kewangan dalam talian. Orang ramai digesa untuk segera melaporkan sebarang aktiviti penipuan dengan menghubungi talian hotline 997, yang dikendalikan NSRC setiap hari dari 8 pagi hingga 8 […]