Intel Umumkan Pemotongan 20% Tenaga Kerja: Simbol Krisis Besar Industri Teknologi?

KUALA LUMPUR, 24 April 2025. Gergasi semikonduktor global, Intel Corporation, dilaporkan akan melaksanakan satu lagi pusingan besar pemotongan tenaga kerja dan kali ini membabitkan lebih 21,000 pekerja, atau 20 peratus daripada jumlah keseluruhan stafnya. Langkah ini dijangka diumumkan secara rasmi minggu ini dan menandakan rombakan terbesar dalam sejarah syarikat itu.

Langkah ini muncul kurang setahun selepas pemotongan 15,000 pekerja pada Ogos 2024 dan dilakukan di tengah-tengah penurunan hasil syarikat selama tiga tahun berturut-turut. Pada hujung 2024, Intel mencatatkan 108,900 orang pekerja – angka yang bakal mengecil secara drastik dengan tindakan terbaru ini. Rasional di sebalik pemotongan ini adalah untuk mengurangkan kos, menghapuskan birokrasi, dan menumpukan semula tumpuan kepada kejuruteraan. CEO baharu Intel, Lip-Bu Tan, yang mengambil alih kepimpinan pada Mac 2025, menegaskan bahawa strategi baharu ini adalah untuk membawa Intel kembali kepada asas: kejuruteraan produk yang unggul.

Dalam satu memo dalaman kepada kakitangan, Lip-Bu menulis: “Intel akan menjadi syarikat yang dipacu kejuruteraan. Kami akan membina semula kepercayaan pelanggan dengan memegang teguh kepada janji yang kami buat.”

Tan, yang berusia 65 tahun dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cadence Design Systems, menyasarkan transformasi budaya dalaman Intel — mengurangkan lapisan pengurusan, menstruktur semula organisasi, dan memberi keutamaan kepada bakat dalam bidang teknikal.

Pemotongan ini bukan sekadar strategi jangka pendek. Sejak 2021, pendapatan tahunan Intel merosot daripada USD 79 bilion kepada USD 53.1 bilion pada tahun 2024, mencerminkan penurunan hampir 33%. Syarikat itu turut mencatatkan kerugian bersih USD 1.6 bilion pada suku kedua 2024. Di sebalik pelaburan dalam cip AI seperti Xeon 6, Intel berdepan saingan sengit daripada Nvidia yang kini menguasai 70–95% pasaran cip AI global. Usaha melancarkan cip Falcon Shores turut dibatalkan tahun ini, dengan Intel kini mengalih tumpuan kepada penyelesaian data pusat.

Intel bukanlah satu-satunya syarikat besar yang mengecilkan operasi. Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, banyak syarikat teknologi lain turut melaksanakan pengurangan tenaga kerja. Namun, skala pemotongan Intel dengan lebih 20% ini memberikan isyarat penting bahawa industri sedang mengalami penyusunan semula struktural.

Ini juga mencerminkan keyakinan baharu dalam kalangan pemimpin teknologi bahawa automasi dan kecerdasan buatan (AI) mampu menggantikan banyak fungsi tradisional.

Bagi syarikat yang bertersakan teknologi inciden seperti Intel ini menjadi cerminan realiti baharu dalam industri teknologi global iaitu:

Pemotongan ini bukan sahaja mencetuskan kebimbangan terhadap masa depan pekerjaan dalam sektor teknologi, tetapi juga memberi amaran kepada syarikat lain bahawa era “pertumbuhan tanpa had” mungkin sudah berakhir. Kini masanya untuk kecekapan, tumpuan strategik, dan ketangkasan.

#Prezcom