Selangor mencatatkan jumlah kes HFMD tertinggi di Malaysia dengan 16,794 kes dari 1 Januari hingga 5 April 2025

Kuala Lumpur, 24 April 2025.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD): Selangor mencatatkan jumlah kes HFMD tertinggi di Malaysia dengan 16,794 kes dari 1 Januari hingga 5 April 2025. Kebanyakan kes melibatkan kanak-kanak di bawah enam tahun di pusat asuhan dan tadika. Susulan peningkatan kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di seluruh negara, khususnya di Selangor yang mencatat kes tertinggi, ahli-ahli PERFOMS memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam komuniti kesihatan. Berikut adalah beberapa langkah wajar yang boleh diambil:

1. Pendidikan & Kesedaran Awam

2. Saringan Awal & Rujukan

3. Sokongan Produk Kesihatan

4. Kerjasama dengan Taska & Tadika

5. Kebersihan Premis Farmasi

Sebagai ahli farmasi Muslim, kita bukan sekadar menjual ubat, tetapi juga menjadi pendidik kesihatan komuniti. Bersama PERFOMS, ayuh kita berperanan aktif dalam mengekang penularan HFMD demi kesejahteraan anak-anak dan masyarakat.

Sebarang penyertaan sebagai ahli PERFOMS boleh dibuat melalui pautan https: https://forms.gle/7bCNLjx7c5euHrm27

Sumber: Pengerusi, Persatuan Farmasi Muslim Selangor (PERFOMS)

#Prezcom