Kes HFMD Naik Mendadak 266%, Ibu Bapa Digesa Tingkat Langkah Pencegahan

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2025. Malaysia merekodkan lonjakan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebanyak 266 peratus, dengan sejumlah 99,601 kes dilaporkan sehingga 26 April 2025 berbanding 27,236 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan rasminya memaklumkan, meskipun peningkatan kes ini membimbangkan, tiada kematian dilaporkan setakat ini. Daripada […]

MCMC Turunkan Lebih 40,000 Kandungan Palsu dan Scam, Seru Masyarakat Celik Digital

PUTRAJAYA, 15 Mei – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 10,493 kandungan palsu dan 30,427 kandungan berbentuk penipuan dalam talian atau scam dari Januari sehingga 15 April tahun ini, sekali gus mencetuskan gesaan supaya masyarakat lebih bijak menilai maklumat di ruang digital. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata statistik ini jelas […]

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Wakili PDRM ke World Police Summit 2025

DUBAI, 13 Mei 2025. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mewakili negara ke World Police Summit 2025 di Dubai World Trade Centre. Program bertaraf global ini dianjurkan di bawah naungan Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed […]

Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Cuai: Mahkamah Jatuhkan Hukuman Penjara dan Denda Berat

KUALA LUMPUR, 14 Mei. Tragedi kemalangan melibatkan pemanduan cuai terus mencetuskan desakan pelbagai pihak supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah jalan raya bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Dalam perkembangan terbaru, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 30 hari serta denda RM12,000 terhadap K. Darmaraju, 32, pemandu sebuah kenderaan Nissan […]

COVID-19 dan Influenza Terkawal di Malaysia, Kes Menurun Signifikan

PUTRAJAYA, 14 Mei 2025 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia kini berada dalam keadaan terkawal dengan penurunan ketara jumlah kes dan tiada peningkatan serius dalam rawatan intensif sejak April 2024. Menurut KKM, kes positif COVID-19 mencatatkan penurunan sebanyak 50.4 peratus dengan jumlah 100,666 kes dilaporkan sepanjang tahun 2024, berbanding […]

InDrive dan Maxim Diarah Henti Operasi 24 Julai: Penguatkuasaan Tegas Terhadap Aplikasi E-Hailing Tidak Patuh Undang-undang

  KUALA LUMPUR, 13 Mei 2025. Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan arahan rasmi supaya dua syarikat e-hailing dari Rusia, InDrive dan Maxim, menghentikan operasi mereka di Malaysia bermula 24 Julai ini. Arahan ini susulan kedua-dua platform tersebut didapati gagal mematuhi peraturan ketat yang digariskan dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 […]

Doktor Tegas Perkhidmatan Perubatan Tidak Sama Dengan Perniagaan Runcit

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2025. Persatuan-persatuan doktor di Malaysia menegaskan bahawa profesion perubatan tidak boleh disamakan dengan perniagaan runcit kerana perkhidmatan mereka melibatkan tanggungjawab terhadap nyawa manusia, latihan profesional yang panjang, serta etika dan regulasi ketat. Reaksi ini timbul susulan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, yang mempertahankan pelaksanaan […]

Kegagalan Mewujudkan Pekerjaan Bergaji Tinggi, Malaysia Berisiko Jadi ‘Pengeksport Buruh’

SHAH ALAM, 12 Mei 2025. Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, menyelar kelemahan struktur ekonomi negara serta sistem pendidikan dan latihan kemahiran yang disifatkannya ketinggalan zaman, sehingga Malaysia gagal mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat. Beliau turut memberi amaran bahawa kegagalan menangani isu-isu tersebut akan mengakibatkan lebih ramai bakat tempatan berhijrah […]