Dewan Rakyat Kecoh, Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan

Kuala Lumpur, 20 September 2023, 19:20 – BERLAKU kekecohan sewaktu penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat semalam. Insiden berlaku apabila Ahi Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin bangun meminta Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan yang didakwa […]
Azmin Ali Dilantik Sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor

Kuala Lumpur, 20 September 2023, 10:15 – AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Pengumuman itu dibuat oleh Speaker DUN Selangor, Lau Weng San dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama DUN Selangor ke-15. Pencalonan dibuat pada15 September lalu setelah menerima surat daripada […]
Syed Saddiq dakwa peruntukan dana kerajaan untuk kawasan Muar ditarik balik selepas jadi pembangkang

Kuala Lumpur , 19 September 2023 , 9.00 malam-SYED SADDIQ Syed Abdul Rahman, mendakwa dana peruntukan untuk kawasannya telah ditarik semula oleh pihak kerajaan PH-BN selepas beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong pihak kerajaan disebabkan membantah keputusan mahkamah untuk melepaskan tanpa membebaskan Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari 47 pertuduhan […]
WARGA ASING PUN PERLU MAKAN NASI SEPERTI ORANG MALAYSIA

Kuala Lumpur , 19 September 2023 , 3.30 petang. Susulan dari cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh untuk menghadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing berikut kenaikan harga, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu menjawab, warga asing juga memerlukan pengambilan beras sama seperti orang lain di negara […]
MELANTIK TUN MAHATHIR SEBAGAI PENASIHAT SG4 ADALAH LANGKAH YANG TEPAT

Gambar oleh Associated Press AP Kuala Lumpur, 19 September 2023, 10.30 pagi. TIMBALAN Presiden Muafakat Nasional (MN), Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, melantik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu State-Government 4 (SG4) adalah tepat. Pelantikan Tun Dr Mahathir itu perlu […]
Isu 3R: ADUN Jengka Dipanggil Polis

Kuala Lumpur, 17 September 2023, 11.00 malam. Pada 13 September lalu, pegawai khas Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman iaitu Ahmed Wafiuddin Shamsuri telah membuat laporan di Balai Polis Manchis atas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka iaitu Shahril Azman Abdul Halim memainkan sentimen 3R di akaun TikTok pemimpin PAS itu. Ahmed Wafiuddin mendakwa […]
Kes Zahid Helah Kerajaan Tutup Isu Kekurangan Beras?

Kuala Lumpur , 16 september 2023 , 9.00 malam. Bermula sebelum pembentangan RMK12, ahli politik dari berbagai parti terus memperdengarkan tuntutan untuk mengemukakan usul tergempar mengenai DNNA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ia menjadi bertambah ghairah dan semakin panas apabila usul ditolak oleh Speaker Datuk Johari Abdul. Pada hari seterusnya masih terus hangat […]
Sejak Bila Pemimpin Melayu Tidak Boleh Bercakap Mengenai Melayu dan Islam?

Kuala Lumpur, 16 September 2023, 2.30 petang. AHLI Parlimen Pagoh, yang juga Pengerusi parti Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa beliau telah berkali-kali disiasat dan berhadapan pendakwaan jenayah hanya kerana menyuarakan keresahan orang Melayu dan Islam. Beliau meminta supaya kerajaan tidak menjadikan isu 3R sebagai alasan untuk menutup mulut rakyat. […]
Tiada Keputusan Dibuat Oleh MKT UMNO Untuk Memecat Isham Jalil

Kuala Lumpur, 15 September 2023 , 10.30malam. Ekoran daripada kelantangannya mengkritik keputusan kepimpinan UMNO untuk bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menyertai pilihan raya, Isham Jalil menjangkakan bahawa beliau dan beberapa orang lagi ahli UMNO akan dipecat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO di dalam mesyuarat yang diadakan pada 13 September 2023 yang lalu. Berikutan itu, […]
Himpunan Selamatkan Malaysia Tetap Diteruskan Walaupun Mendapat Reaksi Berbagai Pihak

Kuala Lumpur, 14 September 2023, 9.30 malam. Melihat akan keadaan negara yang tidak menentu, dengan kenaikan harga barang, campur tangan kes mahkamah dan yang terbaru adalah ketiadaan beras putih tempatan di pasaran negara, telah mendorong beberapa orang ahli politik untuk membuat perhimpunan aman. Himpunan Selamatkan Malaysia yang bakal berlangsung di pusat beli-belah Sogo pada […]