Kuala Lumpur, 13 October 2023, 3.06 petang – Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dari Perikatan Nasional (PN), menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin disebabkan isu peruntukan. Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata, status Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu patut dirujuk kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kerana kerana larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 sudah berkuat kuasa.
Walau bagaimanapun, menurut Saarani, tiada salah jika sokongan yang dimaksudkan oleh Iskandar Dzulkarnain itu sekadar menyokong sesuatu rang undang-undang (RUU) di Dewan Rakyat. Beliau berkata, perkara itu tidak akan terkesan dengan larangan bertukar parti sebab ia bukan lompat parti. Menurut Saarani lagi, Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu bebas untuk menyokong mana-mana RUU. Mungkin dia nak minta peruntukan daripada perdana menteri. Mungkin, kita tidak tahu. Dia mesti ada sebab tersendiri mengapa dia membuat pengumuman sebegitu.
Iskandar yang memenangi kerusi parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu telah mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengatakan langkah-langkah yang dibuat oleh Perdana Menteri itu amat berkesan bagi meringankan beban hidup terhadap rakyat terutama kepada rakyat di Kuala Kangsar.
Iskandar yang memenangi kerusi parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu juga dilapor berkata, keputusan itu yang bermula hari ini untuk melihat sama ada Anwar akan menepati ikrar berhubung dana peruntukan untuk Ahli Parlimen.
Sementara itu Ahli Majlis Profesor Negara (Kluster Politik, Governan dan Undang-Undang), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata, Keputusan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, tidak akan memberi sebarang implikasi terhadap kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Ini kerana, tindakan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu tidak bercanggah dengan peruntukan dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Terdapat perkara baik yang bermula dengan sokongan yang didahulukan oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu kerana ini berkemungkinan akan menjadi ikutan untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri atas alasan mendahulukan kepentingan dan keperluan rakyat di kawasan masing-masing. Walau bagaimanapun, tetap akan ada persoalan yang akan timbul iaitu berhubung kesetiaannya terhadap parti yang diwakili beliau.
Ada dua perspektif dalam Akta A1633 iaitu dipecat atau menyertai parti lain, yang akan menentukan kedudukan Ahli Parlimen, sama ada perlu mengosongkan kerusi masing-masing atau sebaliknya. Prof Dr Nik Ahmad Kamal, dalam perspektif Iskandar Dzulkarnain, beliau tidak perlu mengosongkan kerusi kerana hanya menyatakan sokongan tanpa menyertai parti atau melanggar apa-apa peruntukan lain,” katanya kepada BH.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu berkata, beliau tidak akan meninggalkan atau mengkhianati parti dalam apa-apa keadaan atas prinsip taat setia. Walau bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan risiko tindakan disiplin oleh parti. Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu juga berkata, tidak sanggup melihat rakyat di kawasannya terus terbiar dan ketinggalan, semata-mata kerana perbalahan naratif politik.
#PrezCom