Kuala Lumpur, 26 Oktober 2023, 8.45 malam – PENSYARAH Kanan Pengajian Harta Tanah, Kolej Pengajian Alam Bina Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Mona Isa, Pengambilalihan pembangunan Bandar Malaysia bagi memastikan tanah-tanah strategik dimanfaatkan sebaiknya untuk projek rakyat berteras nilai MADANI. Menerusi Belanjawan 2024, banyak kemudahan kepada rakyat seiring dengan arus pembangunan dan bukan hanya mengejar nilai komersial semata-mata tetapi ia menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan dan kebajikan rakyat.
Lokasi Bandar Malaysia terletak di ibu negara, merupakan satu lokasi yang strategi dimana penduduk disekeliling mudah mendapatkan akses utama seperti pengangkutan awam. Pembinaan rumah mampu milik itu memerlukan lokasi yang mampan. Sekiranya sesebuah projek kediaman dibina terlalu jauh dari pusat bandar, ia pastinya akan menyukarkan penduduk untuk berulang-alik ke tempat kerja dan ke destinasi yang lain sekali gus turut mempengaruhi penambahan kos lain,” katanya kepada Bernama.
Di dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kerajaan akan mengambil alih pembangunan Bandar Malaysia. Ini bertujuan untuk memastikan tanah-tanah strategik dimanfaatkan sebaiknya untuk projek rakyat berteraskan nilai MADANI. Ia mengambil kira kepentingan Bumiputera di Wilayah Persekutuan selain penyediaan taman-taman dan ruang hijau yang boleh dimanfaatkan oleh semua penduduk Lembah Klang. Paling utama adalah projek pembinaan rumah mampu milik untuk golongan veteran.
Dana RM100 juta untuk menyelenggara perumahan berstrata kos rendah dan sederhana awam serta swasta di seluruh negara merupakan satu keputusan yang bijak. Pengarah (Harta Tanah) Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Muhammad Najib Razali menyifatkan ia sebagai berorientasikan masyarakat dan berfokuskan kepada keperluan mereka. Menurut beliau lagi, masalah utama yang sering dihadapi oleh perumahan berstrata seperti mana yang banyak terdapat dinegara kita adalah isu penyelenggaraan yang tidak konsisten sehingga menyebabkannya kelihatan daif dan usang. Perumahan strata ini perlu diselenggara dengan baik supaya penghuni akan sentiasa selesa dan dapat mendiami kediaman yang berkualiti dan hidup yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Datuk Chang Kim Loong, mencadangkan supaya dan RM1 billion dipantau oleh Kementerian Kewangan dengan dibantu oleh risikan bagi mengendalikan proses pemilihan pemaju perumahan yang bertanggungjawab dan juga memantau proses pemulihan projek terbengkalai. Kerajaan harus memilih seperti projek terbengkalai yang hampir siap untuk melaksanakan proses pemulihan dengan keputusan maksimum. Kerajaan juga tidak mampu membiarkan projek terbengkalai itu ditinggalkan lagi oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab.
#PrezCom