Isu Minyak Masak: Hak Warga Asing Sama Dengan Rakyat Malaysia?

Kuala Lumpur. 13 Januari 2024, 11.00 malam – PAS menggesa Kerajaan Madani supaya menimbang kembali Keputusan berhubung tiada larangan atau kawalan penjualan minyak masak paket bersubsidi dan mengapa warga asing dan hak rakyat Malaysia berada sama taraf. Pas meminta supaya kerajaan berlaku adil kepada rakyat Malaysia yang sepatutnya diberi keutamaan untuk mendapatkan barangan subsidi. Gesaan […]

Aset Tun Daim Bernilai 50 Billion, Jika Kekal Dalam Perniagaan

Kuala Lumpur,13 Januari 2024, 12.00 pagi – DAIM atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin berkata jika beliau kekal dalam perniagaan dan tidak melakukan apa-apa untuk mengembangkan asetnya secara aktif, nilai pegangan saham cair miliknya sahaja akan bernilai lebih RM50 bilion. Bekas Menteri Kewangan itu mendakwa, semua aset-aset dan hartanah yang diperolehinya itu merupakan hasil […]

Tun Daim Dan Keluarga Mahu SPRM Hentikan Siasatan

Kuala Lumpur, 12 Januari 2024, 12.00 tengahari  – BEKAS Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin, memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menghentikan siasatan terhadap kes yang sedang dihadapi bersama keluarga dan Ilham Tower Sdn Bhd di atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Daim, 86, […]

Jho Low Diburu, Najib Razak Dipenjara, Malaysia Dimalukan.

Kuala Lumpur, 6 Januari 2024. ‘Man on the Run’ ialah sebuah filem dokumentari tahun 2023 yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan secara eksekutif oleh Cassius Michael Kim. Dokumentari berdurasi 1jam 38 minit ini memberikan fokus khas kepada peranan Low Taek Jho (Jho Low) didalam skandal penyelewangan wang berbilion dolar dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula di […]

Sprm Siasat Perbelanjaan Rm700 Juta Dua Pm

SPRM

Kuala Lumpur, 5 Januari 2024, 13:00 – BEBERAPA bekas pemimpin kerajaan akan dipanggil selepas selesai semakan dokumen berhubung isu membabitkan penggunaan wang sebanyak RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022. Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, setakat ini tiada […]

Sarawak Maju Kajian Semula Persempadanan Pilihan Raya

Sarawak Persempadanan Semula

Kuala Lumpur, 2 Januari 2024. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan media Bil.1/2024 berhubung urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri-Negeri berlandaskan kepada prinsip dan tatacara yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga Belas, Bahagian l dan Bahagian ll, Perlembagaan Persekutuan untuk melihat semula kesesuaian […]

PMX Umum 50 Juta Bantuan Banjir. Penduduk Harap Diberi Terus Kepada Rakyat

Kuala Lumpur, 29 Disember 2023, 13:49 – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan disalurkan terus kepada mangsa banjir. Peruntukan sebanyak RM50 juta itu diluluskan kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS). Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain […]

Rasuah: Individu Berpangkat ‘Tun’ Juga Perlu Disiasat – Tun Mahathir

Kuala Lumpur, 28 Disember 2023, 17:00 – BEKAS Perdana Menteri sebanyak dua kali, Tun Dr Mahathir Mohammad menegaskan bahawa beliau bersetuju mereka yang mempunyai darjah kebesaran berpangkat ‘Tun’ perlu disiasat sekiranya tidak dapat mengistiharkan secara terperinci bagaimana mereka memperoleh kekayaan. Mahathir juga berkata, mereka yang gagal memberi kerjasama dalam memberi keterangan tentang asset yang berada […]

Kepung Demi Palestin, Mula Berarak Ke Kedutaan AS

Kuala Lumpur, 27 Disember 2023, 00.00 – BADAN Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik dari kedua-dua belah bahagian politik telah berkumpul di sini menjelang “pengepungan” enam hari di luar kedutaan AS sebagai tindak balas terhadap veto negara itu di atas usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mendesak gencatan senjata di Gaza. Peserta piket ‘Kepung Demi Palestin’ […]

SPRM Sahkan Sita Menara Ilham Milik Keluarga Tun Daim Zainuddin

Kuala Lumpur, 22 December 2023 16:56 – KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita Bangunan Menara Ilham, yang dimiliki oleh keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pada Isnin lalu. Menurut sumber, tujuan penyitaan adalah bagi menjalankan siasatan mengenai harta individu yang juga seorang tokoh koperat dipercayai […]