ndangn

Kuala Lumpur, 07 Ogos 2024, 6.00 petang – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dakwaan ADUN Rembia iaitu Muhammad Jailani Khamis bahawa tuntutan denda daripada UMNO yang bernilai RM100 juta adalah bertujuan untuk menjadikan dirinya muflis hanyalah sebagai alasan semata-semata.

Menurut Datuk Seri Ahmad Maslan lagi, ADUN Rembia tersebut tahu akan implikasi sebelum menandatangani surat perjanjian. Pihak UMNO juga menyediakan peguam dan rakaman video supaya mereka lebih faham sebelum menurunkan tandatangan.

Datuk Muhammad Jailani Khamis seharusnya tahu mengenai implikasi surat perjanjian dan aku janji yang ditandatangani oleh setiap wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang antara lain menyatakan denda RM100 juta jika mengkhianati parti.

Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata demikian didalam sidang media sewaktu meninjau kemajuan fizikal projek pembinaan jalan baharu sepanjang 750 meter dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 Gua Musang pada hari isnin yang lalu.

Selain dari itu Datuk Seri Ahmad Maslan juga menyatakan keraguannya terhadap dakwaan ADUN Rembia itu bahawa beliau telah menyertai parti PAS. Perkara tersebut turut diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa penyertaan ADUN tersebut didalam parti PAS berlaku pada Jun tahun lepas iaitu sebulan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan enakmen berkaitan antilompat parti.

Oleh yang demikian, pada hari Rabu yang lepas MKT UMNO telah bermesyuarat dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan terhadap Muhammad Jailani. Pada hari Sabtu berikutnya, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu sudah menyerahkan surat tuntutan kepada Muhammad Jailani bagi menuntut bayaran denda RM100 juta berikutan tindakan beliau melompat parti dengan menyertai PAS.

#Prezcom

Baca Lebih Banyak Berita :

UMNO Pantau Prestasi Awie Jika Menang DUN Nenggiri – Zahid