
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2024, 7.00 malam – DEMI menyelamatkan UMNO dari diharamkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendedahkan dirinya menjadi dalang dalam menjatuhkan Tun Dr Mahathir bagi mengelakkan usaha pengharaman parti tersebut. Tindakan itu terpaksa dilakukan untuk menolak Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu dan juga bekas Presiden UMNO dari merealisasikan impiannya untuk melihat UMNO dilenyapkan.
Menurut Zahid, perkara mengenai cubaan pengharaman itu juga turut disahkan oleh oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di ILMU, Janda Baik. Ketika itu kertas pengharaman telah pun berada di atas meja Menteri Dalam Negeri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ketika itu. Menurut Zahid lagi, beliau terpaksa memikiran jalan terbaik iaitu dengan menolak rancangan usaha pengharaman tersebut dengan menjatuhkan Tun Mahthir.
Pada masa yang sama, beliau juga memikirkan harapan kepimpinan UMNO dan ahli-ahli untuk mematahkan usaha pengharaman parti keramat orang Melayu itu. Ahmad Zahid juga mengingatkan perwakilan ketika ucapan penangguhan beliau di Perhimpunan Agung UMNO pada 2018. Beliau pernah menyatakan bahawa UMNO akan menjadi sebahagian daripada kerajaan tetapi beliau diejek beberapa individu tertentu yang tiada dalam UMNO.
“Maka dalam keadaan itu, di Jelai, di Sungai Koyan di sini, saya mesti menyatakan, mengakui adalah dalang utama yang menjatuhkan Tun Dr Mahathir ketika itu, demi UMNO mana mungkin diharamkan, dihina dan dijatuhkan dengan pelbagai fitnah,” ujarnya. Beliau telah mengambil keputusan untuk mendedahkan segala-galanya.
Menurut Zahid lagi, “selagi UMNO bukan parti dominan, selagi itu saya dan rakan-rakan terus dalam UMNO. Beliau menyatakan hasrat untuk menulis sebuah buku walaupun beliau belum bersara untuk menceritakan semua yang berlaku. Menurut beliau, biasanya individu yang sudah bersara mempunyai banyak masa untuk menulis tetapi berlainan dengan dirinya yang akan mula menulis dalam masa masih lagi berkhidmat.
Beliau menambah lagi bahawa apa yang diceritakan hanya sepuluh peratus sahaja dan sembilan puluh peratus lagi akan diceritakan didalam buku yang akan ditulis nanti. “Mudah-mudahan ia jadi panduan kepada pemimpin-pemimpin UMNO akan datang yang akan ambil alih tempat saya nanti,” tambahnya lagi.
#Prezcom
Baca Lebih Banyak Berita:
Dakwaan ADUN Rembia UMNO Mahu Mufliskan Dirinya Adalah Alasan Semata-mata.