Chegu Bard

 

Kuala Lumpur, 30 APRIL 2024, 16:00 – Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, telah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut dengan niat merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Walau bagaimanapun, Badrul Hisham, 45 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Badrul Hisham didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat untuk merosakkan reputasi Yang di-Pertuan Agong. Kesalahan ini dikatakan berlaku di Istana Negara pada 22 Januari lalu, kira-kira jam 6 petang.

Tuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selain itu, Chegu Bard juga menghadapi tuduhan membuat penerbitan yang menghasut di Taman Bukit Cheras pada 6 April lalu, sekitar jam 12.15 tengah hari.

Tuduhan ini dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Badrul Hisham tetap menegaskan ketidakbersalahannya di atas tuduhan-tuduhan tersebut.

Kredit – BHarian

#PrezCom

Baca lebih banyak artikle di sini :>

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji