Amaran Pakar: ChatGPT Berpotensi Cetuskan Psikosis, Masyarakat Digesa Berwaspada

KUALA LUMPUR, 29/7/2025. Kajian terkini oleh pakar psikiatri dari King’s College London mendapati penggunaan meluas kecerdasan buatan (AI), khususnya ChatGPT, boleh mencetuskan peningkatan kes psikosis dalam kalangan pengguna yang terdedah kepada gangguan mental. Kajian ini memberi amaran bahawa model bahasa besar (LLM) seperti ChatGPT berupaya mengaburkan sempadan antara realiti dengan fantasi, seterusnya mencetuskan atau memburukkan […]
Misteri Pemergian Zara Qairina Cetus Persoalan, Keluarga Tuntut Siasatan Telus. Menteri Pendidikan Diam.

KUALA LUMPUR, 29/7/2025. Zara Qairina binti Mahathir, seorang pelajar berusia 13 tahun di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, meninggal dunia dalam keadaan tragik selepas ditemui terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah pada Khamis, 17 Julai 2025. Pemergian Zara yang penuh tanda tanya mencetuskan desakan keluarga agar pihak berkuasa menjalankan siasatan […]
Sindiket Penipuan Pelaburan Guna Gelaran ‘Datuk Seri’ Palsu, Rugikan Mangsa Hampir Setengah Juta Ringgit

KUALA LUMPUR, 29/7/2025. Tiga individu yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan telah dikenal pasti menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ palsu, mengakibatkan kerugian hampir RM500,000 melibatkan sekurang-kurangnya enam mangsa. Sindiket ini terbongkar setelah dokumen palsu seperti watikah dan kad ahli istana didedahkan dalam satu sidang media di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini. Datuk Lembaga […]
Pemandu E-Hailing Tempatan Bantah Keputusan APAD, Dakwa Berat Sebelah Terhadap Syarikat Asing

KUALA LUMPUR, 28/7/2025. Keputusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membenarkan syarikat e-hailing asing, Maxim dan InDrive, meneruskan operasi dalam tempoh pemantauan selama tiga bulan telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu e-hailing tempatan. Persatuan Pemandu E-Hailing Wilayah Utara (NeHDA) menegaskan keputusan ini seolah-olah mengetepikan kepentingan dan kebajikan pemandu tempatan serta menggugat integriti […]
Antara Punca Rakyat Turun Ke Jalan Raya Di Kenalpasti

KUALA LUMPUR, 28/7/2025. Rakyat Malaysia kini berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tanpa notis awal yang jelas. Keputusan ini menimbulkan keresahan kerana kekurangan penerangan terperinci, sekaligus mencetuskan perasaan bahawa dasar baharu ini lebih mirip hukuman berbanding polisi yang membantu rakyat. Pada awal tahun […]
20 Tan Sampah Selepas Himpunan ‘Turun Anwar’ Cetus Kontroversi, Rakyat Persoal Angka Peserta

KUALA LUMPUR, 28/7/2025 Himpunan ‘Turun Anwar’ yang berlangsung pada 26 Julai 2025 di Dataran Merdeka telah meninggalkan hampir 20 tan sampah, mengundang kritikan keras Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Namun, angka sampah ini turut menimbulkan kontroversi apabila rakyat mempertikaikan kesahihan anggaran jumlah peserta. Pada 26 Julai lalu, kira-kira 18,000 peserta telah menghadiri […]
Puluhan Ribu Sertai Himpunan ‘Turun Anwar’, Desakan Letak Jawatan Bergema di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 27/7/2025. Sekitar 20,000 rakyat Malaysia berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 Julai 2025 semalam bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam protes besar-besaran anjuran Perikatan Nasional yang menjadi perhimpunan jalanan terbesar sejak pilihan raya umum ke-15 pada 2022. Perhimpunan yang dikenali sebagai “Himpunan Turun Anwar” ini menyaksikan […]
Bantuan SARA RM100 Terus ke MyKad, Waspada Penipuan Pendaftaran Palsu!

SEMPORNA 27/7/2025. Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 secara sekali beri yang bakal diagihkan pada 31 Ogos 2025 ini akan dimasukkan secara terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) tanpa memerlukan sebarang proses pendaftaran atau permohonan, sekali gus memberi amaran keras kepada rakyat agar berhati-hati dengan sindiket penipuan yang aktif. Timbalan […]
PERKESO Lindungi 20 Sektor Pekerjaan Sendiri: Ramai Belum Sedar Manfaat Penting Ini!

KUALA LUMPUR, 27/7/2025. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang diwujudkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 kini merangkumi 20 sektor pekerjaan, menyediakan perlindungan menyeluruh daripada risiko bencana pekerjaan kepada individu bekerja sendiri. Namun, ramai masih belum sedar tentang pentingnya skim ini yang menyediakan pelbagai faedah seperti faedah perubatan, hilang upaya, tanggungan dan pendidikan. […]
Penantian 3 Jam Kini Hanya 30 Minit di Klinik Kesihatan Awam! – Revolusi Digital KKM Beri Kelegaan Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 26/7/2025 Masa menunggu di klinik kesihatan awam seluruh negara telah berjaya dikurangkan secara drastik daripada tiga jam kepada hanya 30 minit, hasil transformasi digital yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengumumkan kejayaan ini sebagai satu pencapaian penting yang memberi impak positif besar kepada rakyat. Datuk […]