Amaran CEO OpenAI: Maklumat Rahsia Anda di ChatGPT Boleh Dibawa ke Mahkamah!

KUALA LUMPUR, 30/7/2025 Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, memberi amaran bahawa perbualan peribadi pengguna dengan ChatGPT tidak mempunyai perlindungan kerahsiaan undang-undang dan berpotensi digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Beliau menegaskan bahawa ramai pengguna, terutama golongan muda, secara tidak sedar berkongsi masalah peribadi yang sensitif dengan chatbot tersebut, sekaligus mendedahkan mereka kepada risiko undang-undang […]

Operasi Bersepadu Banteras Rokok Elektronik dan Vape Bermula 1 Ogos

IPOH, 30/7/2025 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan pelancaran operasi bersepadu bagi membanteras penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape bermula 1 Ogos ini. Operasi yang dikenali sebagai “Ops Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa)” itu akan melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan untuk memastikan undang-undang dilaksanakan dengan lebih tegas, demi melindungi kesihatan rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Menurut kenyataan […]

Amaran Pakar: ChatGPT Berpotensi Cetuskan Psikosis, Masyarakat Digesa Berwaspada

KUALA LUMPUR, 29/7/2025. Kajian terkini oleh pakar psikiatri dari King’s College London mendapati penggunaan meluas kecerdasan buatan (AI), khususnya ChatGPT, boleh mencetuskan peningkatan kes psikosis dalam kalangan pengguna yang terdedah kepada gangguan mental. Kajian ini memberi amaran bahawa model bahasa besar (LLM) seperti ChatGPT berupaya mengaburkan sempadan antara realiti dengan fantasi, seterusnya mencetuskan atau memburukkan […]

Sindiket Penipuan Pelaburan Guna Gelaran ‘Datuk Seri’ Palsu, Rugikan Mangsa Hampir Setengah Juta Ringgit

  KUALA LUMPUR, 29/7/2025. Tiga individu yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan telah dikenal pasti menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ palsu, mengakibatkan kerugian hampir RM500,000 melibatkan sekurang-kurangnya enam mangsa. Sindiket ini terbongkar setelah dokumen palsu seperti watikah dan kad ahli istana didedahkan dalam satu sidang media di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini. Datuk Lembaga […]

Pemandu E-Hailing Tempatan Bantah Keputusan APAD, Dakwa Berat Sebelah Terhadap Syarikat Asing

  KUALA LUMPUR, 28/7/2025. Keputusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membenarkan syarikat e-hailing asing, Maxim dan InDrive, meneruskan operasi dalam tempoh pemantauan selama tiga bulan telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu e-hailing tempatan. Persatuan Pemandu E-Hailing Wilayah Utara (NeHDA) menegaskan keputusan ini seolah-olah mengetepikan kepentingan dan kebajikan pemandu tempatan serta menggugat integriti […]

Antara Punca Rakyat Turun Ke Jalan Raya Di Kenalpasti

KUALA LUMPUR, 28/7/2025. Rakyat Malaysia kini berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tanpa notis awal yang jelas. Keputusan ini menimbulkan keresahan kerana kekurangan penerangan terperinci, sekaligus mencetuskan perasaan bahawa dasar baharu ini lebih mirip hukuman berbanding polisi yang membantu rakyat. Pada awal tahun […]

Bantuan SARA RM100 Terus ke MyKad, Waspada Penipuan Pendaftaran Palsu!

SEMPORNA 27/7/2025. Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100 secara sekali beri yang bakal diagihkan pada 31 Ogos 2025 ini akan dimasukkan secara terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) tanpa memerlukan sebarang proses pendaftaran atau permohonan, sekali gus memberi amaran keras kepada rakyat agar berhati-hati dengan sindiket penipuan yang aktif. Timbalan […]

PERKESO Lindungi 20 Sektor Pekerjaan Sendiri: Ramai Belum Sedar Manfaat Penting Ini!

KUALA LUMPUR, 27/7/2025. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang diwujudkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 kini merangkumi 20 sektor pekerjaan, menyediakan perlindungan menyeluruh daripada risiko bencana pekerjaan kepada individu bekerja sendiri. Namun, ramai masih belum sedar tentang pentingnya skim ini yang menyediakan pelbagai faedah seperti faedah perubatan, hilang upaya, tanggungan dan pendidikan. […]

Legenda Gusti Hulk Hogan Meninggal Dunia pada Usia 71 Tahun, Dunia Hiburan dan Sukan Berduka

KUALA LUMPUR, 26/7/2025 Legenda gusti terkenal dunia, Terry Bollea atau lebih dikenali sebagai Hulk Hogan, meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat serangan jantung di rumahnya di Clearwater, Florida pada Khamis, menurut kenyataan rasmi World Wrestling Entertainment (WWE). Kehilangannya mengejutkan dunia sukan dan hiburan global yang mengenangnya sebagai ikon pop budaya. Pada 24 Julai 2025, […]

Bank Malaysia Terancam, Hutang Lapuk Dijangka Naik Mendadak Akibat Tarif AS!

KUALA LUMPUR, 25/4/2025. Bank-bank di Malaysia bakal berdepan lonjakan hutang lapuk sehingga 7% menjelang 2026 berikutan ancaman tarif tinggi oleh Amerika Syarikat (AS), menurut laporan terkini oleh CGS International. Laporan itu memberi amaran bahawa hutang tidak berbayar boleh meningkat kepada 5.6% pada 2025, menamatkan trend penurunan positif yang dicatatkan sepanjang empat tahun lalu. Menurut analisis […]