Revolusi Tuntutan Insurans Kenderaan: Pemilik Kenderaan Kini Boleh Tuntut Terus Tanpa Hilang Diskaun NCD

KUALA LUMPUR, 1/09/2025 Berita baik buat jutaan pemilik kenderaan di Malaysia: mulai tidak lama lagi, mangsa kemalangan jalan raya yang tidak bersalah boleh membuat tuntutan terus daripada syarikat insurans sendiri tanpa menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD). Perubahan dasar ini diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai sebahagian daripada penambahbaikan polisi insurans motor. Mekanisme Baharu: Own […]

Potongan Saman 50 %! MyDigital ID Lancar Peluang Emas Sempena Merdeka

PETALING JAYA, 1/09/2025 Dalam usaha menyemarak semangat patriotik sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, kerajaan menerusi YB Datuk Seri Saaifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri, mengumumkan potongan 50 peratus untuk bayaran saman trafik secara nasional. Tawaran eksklusif ini hanya sah jika bayaran dibuat melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan pengesahan MyDigital ID dan berlangsung […]

Skandal iRPS: Denda RM25,000 Terlalu Ringan? Kes Lama dan Cabaran Penguatkuasaan Kini Disoal

KUALA LUMPUR, 29/08/2025 Skandal penawaran Islamic Redeemable Preference Shares (iRPS) tanpa peruntukan dalam perlembagaan syarikat yang melibatkan FGP Ventures Sdn Bhd dan pengarahnya, Khemlani Satesh, kini menjadi titik tumpu kritikan. Keputusan Mahkamah Sesyen yang mengenakan denda RM25,000 dilihat tidak setimpal dengan jumlah sebenar dana yang terlibat dan kesan kepada pelabur, mendorong perbandingan dengan kes korporat […]

Cabaran Menjadi Negara Tua Menjelang 2048 

KUALA LUMPUR, 29/08/2025 Malaysia dijangka mencapai status “aged nation” pada tahun 2048 apabila 14 peratus penduduk berusia 65 tahun ke atas, menurut unjuran terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang menjalankan tugas sebagai Menteri Ekonomi, memberi peringatan ini ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini. Malaysia […]

SIARAN MEDIA: MOSTI Salur RM122.65 Juta Bagi Projek Peralihan Tenaga Kepada 6 Syarikat Teknologi Terpilih

KUALA LUMPUR, 28/08/2025 Malaysia mengorak langkah besar dalam agenda peralihan tenaga apabila Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), meluluskan pembiayaan berjumlah RM122.65 juta kepada enam syarikat berasaskan teknologi yang melaksanakan projek tenaga bersih di bawah Kemudahan Peralihan Tenaga Nasional (National Energy Transition Facility, NETF). Daripada jumlah tersebut, […]

RUU URA Cetus Polemik: Hak Pemilik Rumah Dipersoal, Bimbang Bandar Jadi Milik Kaya Sahaja

KUALA LUMPUR, 28/08/2025 Cadangan kerajaan menetapkan usia 30 tahun sebagai ambang kelayakan pembangunan semula bangunan dalam Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) 2025 mencetuskan bantahan hebat daripada pelbagai pihak, khususnya Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) dan ahli akademik yang bimbang ia bakal “menggadai” hak rakyat. Setiausaha Agung HBA, Datuk Chang Kim Loong, menegaskan bahawa cadangan […]

DBKL Gempur Pusat Hiburan & Hotel Haram – Premis 93 Bilik Ditutup Serta-Merta

KUALA LUMPUR, 28/8/ 2025 Malam minggu baru-baru ini di ibu kota dikejutkan dengan tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila tiga premis hiburan dan sebuah hotel ditutup serta-merta dalam Operasi Tindakan Khas Premis Siri 9/2025. Operasi bersepadu itu menyasarkan kawasan panas seperti Jalan Cochrane, Jalan Kampung Pandan, Titiwangsa dan Desa Sri Hartamas yang dipercayai […]

SIARAN MEDIA: 266 GRADUAN KOLEJ KOMUNITI SELAYANG DIRAI DALAM KONVOKESYEN NEGERI SELANGOR 2025

BANGI, 27/08/2025 Suasana penuh meriah menyelubungi Bangi Avenue Convention Centre (BACC) semalam apabila seramai 266 graduan Kolej Komuniti Selayang diraikan dalam Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Selangor 2025, yang turut menghimpunkan lebih 1,100 graduan daripada seluruh negeri. Majlis gilang-gemilang itu dianjurkan dalam dua sidang utama. Sidang Pertama pada sebelah pagi disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji […]

RUU URA Dikecam: 75 Persatuan Penduduk Kuala Lumpur Serah Memorandum, Bimbang Hak Pemilik Rumah Tercabul

KUALA LUMPUR, 27/08/2025 Gelombang penentangan terhadap Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) terus memuncak apabila sebanyak 75 persatuan penduduk, jawatankuasa pengurusan dan jawatankuasa pengurusan bersama (JMB) di sekitar ibu kota tampil menyerahkan memorandum bantahan melalui Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur (KLRA+SD). Memorandum yang diterima oleh wakil rakyat dan disalurkan kepada pihak kerajaan itu menggariskan […]