Filem Anak Malaysia ‘Tiger Stripes’ Wakili Malaysia Di Oscars Ke-96

Kuala Lumpur, 7 Oktober 2023, 18:00 – Filem cereka tempatan berjudul ‘Tiger Stripes’ telah dipilih secara rasmi mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-96 (Oscars) pada Mac 2024. Pemilihan filem Tiger Stripes telah dinilai dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS terdiri daripada penggiat industri filem tempatan bertaraf profesional […]
Hanya Yang Mempunyai ID Sahaja Yang Boleh Membeli Minyak Masak Peket.

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023, 10:45 – BUAT masa kini, kerajaan Malaysia hanya mengeluarkan sebanyak 60 juta peket minyak masak bersubsidi setiap bulan namun ianya tidak terdapat dimana-mana pasaran dan mengikut aduan yang diterima ianya telah habis dijual. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan satu skim baharu iaitu pengenalan diri khas (ID) […]
Melombong Emas Secara Haram, 2 Lelaki Didenda RM50,000.

Kuala Lumpur, 05 Oktober 2023, 12:30 pm – DUA orang lelaki, Liew Lok Shong dan Lok Shong, didenda sebanyak RM50,000 bagi setiap setiap seorang dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen Raub hari ini selepas mengaku bersalah terlibat dalam aktiviti perlombongan emas secara haram di Hutan Simpan Kekal Kechau, daerah Lipis, Pahang […]
Kos Haji Dijangka Naik Sebelas Peratus Tahun Depan.

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2023, 9.45 pagi – PENGERUSI Lembaga Tabung Haji Malaysia, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata, Tabung Haji (TH) akan terus memberi bantuan secara bersasar untuk musim haji 1445H/2024M membabitkan jemaah dalam kategori B40 dan M40 susulan jangkaan TH bahawa kos haji pada tahun depan dijangka naik hingga 11 peratus, disebabkan pelbagai faktor […]
Tak Habis-habis Isu Penipuan Keldai Akaun!

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2023, 17:30 – DALAM kenyataan media yang dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, satu siri tangkapan telah dibuat baru-baru ini terhadap beberapa individu yang disyaki terlibat sebagai “keldai akaun” bagi sindiket Macau Scam dan skema penipuan lain. Kerugian kewangan yang besar dan signifikan telah dialami oleh para mangsa menimbulkan […]
Pengemaskinian & Pelaksanaan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan Bagi Menghadapi Jerebu.

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2023, 18:04 – JAWATANKUASA Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat akan diaktifkan oleh NADMA apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam. Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini menunjukkan 1 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 56 kawasan mencatatkan status kualiti […]
Rakyat Makin Terdesak Untuk Hidup.

Kuala Lumpur, 3 Oktober 2023, 2.57 petang – Kehidupan rakyat Malaysia semejak kebelakangan ini nampak begitu terdesak dengan dihimpit berbagai masalah. Diantara perkara buruk yang sering berlaku apabila terdesak adalah, bunuh diri, membunuh dan merompak. Semua ini berlaku akibat terdesak dan didesak oleh tekanan perasaan yang parah dan tidak menemui jalan keluar dari masalah yang […]
Sekeluarga Berjalan Kaki Di Tengah-tengah Panas Demi Hantar Anak Masuk Universiti

Kuala Lumpur, 02 Oktober 2023, 10:00 – RASA bangga terhadap anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading mungkin menjadi penyebab mengapa sebuah keluarga yang jauh datang dari Sarawak sanggup bersusah-payah tiba ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Melalui satu video yang dipaparkan di akaun Instagram @umpsamalaysia baru-baru ini, tular sekeluarga yang berjalan […]
Gaji Tidak Naik Tinggi Sewaktu Berkhidmat. Akan Datang Pencen Pula Akan Dihapuskan.

Kuala Lumpur, 02 Oktober 2023, 09:45 – PRESIDEN Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, penjawat awam berkorban untuk negara, mereka mengabdikan diri lebih 30 tahun dengan skim pencen yang kecil tiba-tiba diberitahu akan cadangan tentang skim pencen hendak dihapuskan pula. Bukankah itu sesuatu yang amat menyedihkan? Cadangan menghapus atau membatalkan kemudahan […]
Catatan IPU Tidak Sihat Akibat Jerebu Dari Sumatera.

Kuala Lumpur, 01 Oktober 2023, 19:02 – SEJUMLAH 353 titik panas dikesan di Kalimantan dan 113 titik panas lagi di Sumatera, Indonesia, yang dijangka mengakibatkan jerebu di beberapa negara selatan ASEAN. Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, trajektori asap jerebu dari Kalimantan akan memberikan kesan kepada beberapa negeri di timur Malaysia. Menurut […]