Kuala Lumpur, 26 October 2023, 10.47 pagi – NAIB Presiden dan Pegawai Perhubungan Media Persatuan Pemilik Restoran dan Bistro, Jeremy Lim berkata, Sekarang ini kos sara hidup sangat tinggi dan kuasa membeli sangat rendah berbanding dahulu. Kebanyakan pelanggan yang datang hanya memesan makanan dan minuman yang murah sahaja serta bilangan pelanggan yang sedikit berbanding dahulu. Jika sebelum ini ada pelanggan yang kerap datang ke restoran atau kafe bersama keluarga yang besar namun kini hanya datang sekitar 2 kali sebulan.
Terdapat premis yang semakin suram dan sepi, malah sebahagiannya terpaksa ditutup berikutan tiada pelanggan yang datang untuk menjamu selera dipremis mereka. Disebabkan kurangnya pelanggan yang mengunjungi, maka premis terpaksa ditutup demi untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar. Krisis ekonomi dunia menjadi salah satu faktor banyaknya kedai makan ditutup. Krisis ini mengancam kedudukan para peniaga dan juga rakyat yang menjadi pelanggan yang rata-ratanya mengalami nasib yang sama iaitu kehilangan punca pendapatan seperti kehilangan kerja, penutupan perniagaan dan lain-lain lagi disebabkan krisis ekonomi ini.
Ramai pemilik restoran akan berdepan dengan risiko “gulung tikar” jika kenaikan harga barang mentah akan berterusan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh bulan lagi kata persatuan peniaga dan pakar ekonomi. Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Permas) Ayob Abd Majid berkata, sudah terdapat beberapa peniaga di bawah persatuannya yang terpaksa menutup operasi kerana tidak mampu menampung kesan kenaikan harga barang keperluan asas. Kos operasi untuk sebuah kedai makan adalah tinggi kerana selain dari modal untuk membeli barangan kering dan basah, kos sewa kedai , kos bil api dan air, kos membayar gaji para pekerja serta kos lain yang berkaitan juga perlu ada. Jika perniagaan tidak berjalan lancar, bagaimana mahu membayar semua itu.
Menurut Ayob, pelanggan juga sudah mula berkurangan kerana lebih memilih untuk makan di rumah akibat kenaikan harga. “Dalam tempoh lima bulan inilah, pelanggan kita berkurangan dalam 40%. Bila isu harga beras mahal pelanggan kita turun lagi dalam 10%. “Keadaan dah mula terbalik. Ramai yang pilih makan di rumah termasuk golongan bujang atau tak ramai dalam satu isi rumah itu sebab mereka rasa lebih jimat daripada makan di luar,” katanya. Sekiranya tiada langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan, sudah tentu rakyat akan terus merasa resah dan terhimpit kerana kenaikan harga barang seperti beras import dan harga ayam sudah pasti tidak dapat dibendung.
#PrezCom