Hak Pengguna: Tiada Perbezaan Antara Klinik dan Kedai Runcit

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2025. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali menegaskan bahawa tiada perbezaan taraf antara penyedia perkhidmatan profesional seperti doktor dengan pemilik kedai runcit dalam aspek perlindungan hak pengguna di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723). Penjelasan ini dibuat susulan bantahan lebih 700 pengamal perubatan […]
SIARAN MEDIA: PELANCARAN PASARAN HARTA TANAH SUKU PERTAMA TAHUN 2025 -AKTIVITI PEMBINAAN KEKAL AKTIF PADA SUKU PERTAMA 2025

PUTRAJAYA, 10 Mei 2025. Aktiviti pembinaan bagi harta tanah kediaman pada suku pertama 2025 merekodkan pertumbuhan yang signifikan apabila bilangan unit siap dibina (completion) meningkat 30.2% kepada 9,329 unit (S1 2024: 7,168 unit), manakala unit mula dibina (start) pula menokok 32.5% kepada 28,344 unit (S1 2024: 21,391 unit). Kenaikan yang memberangsangkan ini menunjukkan trajektori pembangunan […]
Baginda Sultan Pahang Terkejut 26,000 Ekar Tanah Diteroka Haram di Raub

RAUB, 10 Mei 2025. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan bahawa kira-kira 26,000 ekar tanah di daerah Raub telah diteroka secara haram. Angka keluasan pencerobohan ini dianggarkan bersamaan kira-kira 14,700 padang bola sepak, menjadikannya antara kes penerokaan tanah haram terbesar pernah direkodkan di negeri […]
Isu Kerusi PRN Melaka: BN Tegas Tidak Beri Laluan Kepada DAP

MELAKA, 10 Mei 2025. Ketua Pemuda UMNO Melaka, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menolak cadangan DAP Melaka yang mencadangkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara sama rata, 14 untuk Barisan Nasional (BN) dan 14 untuk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Dr Muhamad Akmal, yang juga ahli Exco kerajaan negeri […]
MyCHAMPION: KKM Mantapkan Peranan Sukarelawan Tingkatkan Kesihatan Komuniti

MELAKA, 9 Mei 2025 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi Bahagian Pendidikan Kesihatan, telah mengadakan Mesyuarat Teknikal MyCHAMPION bersama rakan strategik dari 6 hingga 8 Mei di Hotel Imperial Heritage, Melaka. Mesyuarat tiga hari ini bertujuan memperkukuh pelaksanaan program sukarelawan MyCHAMPION, mengenal pasti cabaran semasa, dan merangka kaedah penambahbaikan berterusan. MyCHAMPION merupakan program pembangunan sukarelawan […]
Malaysia Sasar Pengeluaran Cip GPU Tempatan untuk AI

Kuala Lumpur, 7 Mei 2025. Malaysia sedang mengambil langkah berani untuk memantapkan kedudukannya dalam industri semikonduktor global dengan merancang pengeluaran cip pemprosesan grafik (GPU) tempatan. Inisiatif ini bertujuan memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan pusat data, serta mengurangkan kebergantungan kepada import. Perjanjian Strategik dengan Arm Holdings Sebagai langkah awal, Malaysia […]
23,149 Rumah Siap Tidak Terjual Bernilai RM13.94 Bilion Bukan Hanya Isu Pemaju

Oleh: Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari Kuala Lumpur, 9 Mei 2025. Sejak kebelakangan ini saya terbaca tentang isu lambakan rumah yang bagai saya agak mengerikan kerana ianya bukan sahaja soal rumah pemaju yang tidak terjual tetapi juga soal kesan rantaian ekonomi kepada masyarakat. Saya percaya isu ini sangat boleh diselesaikan sekiranya kita melihatnya […]
PM Tegas Pantau PBT, Pakar Sarankan 5 Langkah Tangani Lambakan Rumah

PUTRAJAYA, 8 Mei 2025. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan laporan bulanan mengenai projek pembangunan utama, dan memastikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih telus dan efisien dalam proses kelulusan. Arahan ini hadir susulan isu lambakan rumah siap tidak terjual yang kini mencecah RM13.94 bilion. Pakar hartanah Prof. Mohd […]
Pakar: Jadikan Stok Rumah Tak Terjual Peluang Milik Rumah Pertama

Kuala Lumpur, 8 Mei 2025. Lebihan rumah yang belum terjual di pasaran wajar dijadikan peluang untuk membantu anak muda memiliki rumah pertama, kata bekas Ketua Pengarah JPPH, Prof. Mohd Khairudin Abd Halim. Menurutnya, dasar sedia ada perlu dikaji semula agar seiring dengan realiti pasaran dan kemampuan pembeli. “Kerajaan boleh pertimbang insentif untuk pembeli kali pertama […]
Eksport Halal Malaysia Cecah RM61.79 Bilion pada 2024, MIHAS 2025 Sasar RM4.5 Bilion Perdagangan Global

Kuala Lumpur, 8 Mei 2025. Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri halal global dengan mencatatkan eksport produk halal sebanyak RM61.79 bilion pada tahun 2024, meningkat 15% berbanding RM53.72 bilion pada 2023. Pencapaian ini diumumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Peningkatan Permintaan Global dan Sumbangan kepada KDNK Tengku Zafrul […]