Boeing Buka Pejabat Baharu di Kuala Lumpur, Suntik Komitmen Kukuh Terhadap Industri Aeroangkasa Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2025. Gergasi penerbangan global, Boeing, hari ini membuka pejabat korporat baharunya di Menara Hap Seng 3, Kuala Lumpur, sebagai pusat strategik dalam memperkukuhkan sokongan pelanggan, keselamatan penerbangan, kelestarian, dan rantaian bekalan aeroangkasa di Malaysia. Pembukaan pejabat tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong. Turut hadir dalam […]

Menjijikkan! Program Motivasi Rumah Tangga e-Hati Anjur Acara Berbogel di Shah Alam

  SHAH ALAM, 17/7/2025. Polis mengesahkan berlaku adegan tanpa pakaian membabitkan fasilitator dan peserta dalam program motivasi rumah tangga e-Hati yang berlangsung selama empat hari di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada September tahun lalu. Program kontroversi ini melibatkan kira-kira 50 peserta yang dikenakan bayaran sehingga RM9,000 seorang. Dalam sidang media yang berlangsung di […]

KLIA Terminal 1 Terima Suntikan RM30 Juta, Sedia Jadi Hab Antarabangsa Bertaraf Dunia!

  KUALA LUMPUR, 16/7/2025.  KLIA Terminal 1 telah menerima penambahbaikan bernilai RM30 juta dalam separuh pertama tahun 2025, melibatkan 14 inisiatif baharu bertujuan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih pintar, pantas dan mesra penumpang. Langkah ini diambil tepat pada masanya sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober depan dan persiapan menyambut […]

Masih Guna Kad Debit? Awas! Kad Kredit Lebih Selamat Untuk Urusan Dalam Talian – MCMC

KUALA LUMPUR 16/7/2025. Pengguna kad debit berdepan risiko lebih tinggi untuk menjadi mangsa penipuan dalam talian berbanding pengguna kad kredit, menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Maklumat dan Ancaman Dalam Talian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Derek Fernandez. Beliau menasihatkan orang ramai supaya menggunakan kad kredit untuk transaksi dalam talian kerana perlindungan keselamatannya jauh lebih baik. […]

Kekecewaan Menular! Selepas Kaum India, Kini Giliran Masyarakat Cina Rasa Terpinggir oleh PH dan DAP

KUALA LUMPUR 16/7/2025. Selepas hampir dua tahun Pakatan Harapan (PH) memerintah, masyarakat Cina di Malaysia mula menyuarakan kekecewaan kerana merasakan sokongan mereka kepada PH dan DAP tidak dihargai dan tidak memberikan manfaat sebenar kepada komuniti mereka. Isu ini semakin serius apabila Persatuan Cina Malaysia (MCA) baru-baru ini mendakwa DAP telah mengkhianati harapan kaum Cina selepas […]

Aplikasi AI Gemini Google Kini Tukar Foto Menjadi Klip Video Pendek Dalam 8 Saat

KUALA LUMPUR, 15/7/2025. Google, melalui aplikasi kecerdasan buatan Gemini, memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menukar foto mereka menjadi klip video pendek berdurasi lapan saat. Ciri eksklusif ini tersedia untuk pelanggan pelan berbayar Google AI Ultra dan Pro, menandakan lonjakan besar dalam persaingan teknologi AI dengan syarikat gergasi lain seperti OpenAI dan Alibaba. Google mengumumkan […]

Mufti Bersuara Tegas! Program Motivasi Galak Wanita Tidak Berkahwin Disiasat Segera

KUALA LUMPUR, 15/7/2025. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Ahmad Fauwaz Fadzil menggesa pihak berkuasa agama dan tempatan menyiasat segera sebuah program motivasi kontroversi di Shah Alam yang didakwa mengandungi unsur-unsur penyelewengan agama dan moral serta secara terang-terangan menggalakkan wanita supaya tidak berkahwin. Program tersebut dikatakan turut mempromosikan unsur seksual secara bebas yang bercanggah dengan ajaran […]

Gempar! Program eHati Didakwa Sebar Doktrin Sesat dan Rosakkan Akhlak Umat Islam

KUALA LUMPUR 15/7/2025. Program eHati yang dianjurkan oleh Diyana Tahir kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, susulan dakwaan serius mengenai ajaran songsang yang boleh membawa kepada keruntuhan moral dan akidah umat Islam. Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini turut mengecam program ini sebagai ancaman kepada […]

ASEAN: China Buat Kejutan! Komited Tandatangani Perjanjian Bebas Senjata Nuklear ASEAN

Kuala Lumpur. 13/7/2025. China secara rasmi menyatakan kesediaan menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), menurut Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan. Tindakan ini merupakan langkah besar dalam usaha ASEAN mengekalkan kestabilan dan keamanan di rantau ini yang bebas daripada ancaman nuklear sejak perjanjian tersebut berkuat kuasa pada tahun 1997. Pengumuman penting […]

“Deklarasi Kuala Lumpur: ASEAN Tegas Tangani Bahaya Media Sosial, Wujudkan Ruang Digital Selamat!”

Kuala Lumpur, 13/7/2025. Negara-negara ASEAN bersedia menerima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial secara Selamat dan Bertanggungjawab sebagai usaha bersama menangani penyebaran berita palsu serta mewujudkan ruang maya yang lebih inklusif dan selamat. Ini berikutan peningkatan ketara dalam penyebaran maklumat palsu yang kini dianggap ancaman serius kepada kestabilan sosial dan politik di rantau […]