Universiti Awam Dikomersialkan?: Yuran Disubsidi Hingga 95%, 78,883 Calon Ditawar Tempat Tahun Ini

PUTRAJAYA, 09/09/2025 Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan universiti awam tidak dikomersialkan, sebaliknya kekal sebagai perkhidmatan sosial yang disubsidi kerajaan. Data terbaharu menunjukkan 78,883 calon berjaya ditawarkan tempat ke peringkat ijazah sarjana muda untuk sesi 2025/2026, sekali gus menafikan dakwaan bahawa kemasukan pelajar tempatan terpinggir akibat tumpuan kepada saluran terbuka atau pelajar antarabangsa. Yuran pengajian pula dibuktikan […]
RM641.9 Juta Dalam 7 Hari dab Kadar Transaksi Berjaya Cecah 99.9%

KUALA LUMPUR, 08/09/2025 Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencatat perbelanjaan RM641.9 juta dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan, dengan kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9 peratus susulan penambahbaikan kapasiti sistem pemprosesan. Pada Sabtu, jualan harian mencecah RM100 juta yang memberi manfaat kepada 1.7 juta penerima menjelang 10.30 malam, sekali gus menandakan kestabilan operasi selepas beberapa […]
Premium Insurans Melonjak, T20 Mula Beralih ke Hospital Kerajaan: Dzulkefly Gesa Tindakan Segera Kawal Inflasi Perubatan

IPOH, 08/09/2025 Kenaikan premium insurans kesihatan yang berterusan berisiko mengubah corak penggunaan sistem rawatan negara apabila golongan berpendapatan tinggi T20 dilihat semakin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kos perlindungan perubatan yang semakin tinggi boleh mendorong isi rumah T20 menilai semula polisi mereka, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada […]
SPRM Sahkan MyKiosk Madani Bebas Rasuah, Tetapi Kos Tinggi RM34,660 Seunit Cetus Tanda Tanya

KUALA LUMPUR, 07/09/2025 Projek MyKiosk Madani di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sekali lagi menjadi perhatian apabila kos pembinaannya yang mencecah sehingga RM34,660 seunit dipersoalkan banyak pihak, meskipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada unsur salah guna kuasa dalam pelaksanaannya. Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, dokumen lengkap berkaitan projek itu […]
Bolehkan Penipu Siber Dihentikan? Strategi Pelbagai Lapisan Singapura Jadi Iktibar Buat Malaysia

KUALA LUMPUR, 06/09/2025 Persoalan sama ada wang dalam akaun bank boleh diselamatkan selepas menjadi mangsa penipuan semakin meresahkan rakyat. Lebih membimbangkan, penipu kini menggunakan teknik semakin canggih untuk menjerat mangsa. Namun, pengalaman Singapura membuktikan bahawa kombinasi teknologi, undang-undang baharu dan pendekatan psikologi mampu mengekang penipuan kewangan daripada terus menelan mangsa. Dalam satu pembentangan di Persidangan […]
Malaysia Bukan Lagi Zon Selamat? Kajian Baharu Dedah Negara Terletak dalam Lingkaran Api Pasifik

SHAH ALAM, 05/09/2025 Gegaran tanah yang melanda Johor sejak Ogos lalu bukan lagi kebetulan. Kajian terkini ahli geologi mendedahkan bahawa Malaysia sebenarnya berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, sekali gus menamatkan persepsi bahawa negara ini bebas daripada ancaman gempa bumi. Pakar Geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan menjelaskan, walaupun Malaysia tidak dikategorikan secara rasmi dalam peta […]
Vape Denda Tinggi & Sebatan Mulai September

SINGAPURA, 02/09/2025 Bermula September, pemerintah Singapura memperketat kawalan terhadap vaping, khususnya vape yang dicemari dadah etomidate, atau dikenali sebagai “K-pods”. Warga asing termasuk rakyat Malaysia yang didapati memiliki peranti terbabit berdepan dengan denda tinggi, rampasan peranti, malah deportasi dan larangan kekal memasuki negara itu. Langkah ini diputuskan oleh Menteri Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Dalam […]
Anwar Tegas URA Bill Bukan Rampas Hak, Tetapi Selamatkan Golongan Miskin Bandar

AMPANG, 1/09/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembaharuan Bandar (URA Bill) bukan bertujuan merampas hak mana-mana kaum, sebaliknya satu langkah untuk membela nasib golongan miskin bandar yang terperangkap dalam kediaman usang dan tidak selamat. Ketika melancarkan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) di Ampang hari ini, Anwar menolak dakwaan […]
Bantuan SARA RM100 Telah Boleh Di Belanjakan: “7,000 Terminal & 4,600 Kedai Sedia Terima Transaksi”

KUALA LUMPUR, 01/09/2025 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah boleh di tebus dangan lebih 7,000 terminal pembayaran elektronik dan 4,600 kedai terpilih di seluruh negara akan bersedia menerima penggunaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100, inisiatif sekali beri oleh kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Perkembangan ini diumumkan secara berasingan oleh Timbalan Menteri Perdagangan […]
Skandal Tanah Rizab Melayu: PPIM Dedah Pemindahan Mencurigakan di Perak, Desak Siasatan Segera

KUALA LUMPUR, 30/08/2025 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pemindahan tanah rizab Melayu (TRM) di Perak kepada syarikat bukan Bumiputera yang dipercayai berlaku secara tidak sah. Pendedahan mengejutkan ini menambah keresahan orang ramai mengenai ketirisan pengurusan aset tanah yang sepatutnya dilindungi di bawah perundangan negara. Ketua Aktivis PPIM, Datuk […]