Pelabuhan Klang Catat Sejarah Duduki 10 Teratas Tersibuk Dunia

KUALA LUMPUR, 17/09/2025 Malaysia melakar sejarah baharu dalam sektor maritim apabila Pelabuhan Klang buat julung kali menempatkan diri dalam kelompok 10 pelabuhan kontena tersibuk dunia, menurut senarai Lloyd’s List Top 100 Ports 2025. Lonjakan ke tangga ke-10 ini sekali gus mengatasi kedudukan Hong Kong, menandakan kejayaan besar selepas mencatat kedudukan ke-13 pada 2022 dan ke-11 […]

PMX di Doha: Putuskan Hubungan dengan Israel, Serangan ke atas Qatar Adalah Serangan ke atas Kita Semua

DOHA, 17/09/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa dunia bertindak lebih tegas terhadap Israel dengan menamatkan hubungan diplomatik dan perdagangan sebagai tekanan agar serangan terhadap Gaza dihentikan segera. Beliau menegaskan kecaman dan deklarasi semata-mata tidak lagi memadai kerana keganasan Israel semakin meluas hingga ke Lubnan, Syria, Yaman, Iraq malah kini menyerang ibu negara Qatar. […]

Lagi Rasuah Counter Setting Terbongkar: SPRM Bongkar Pegawai Imigresen Simpan Jutaan Ringgit di Tabung Haji & ASB

KUALA LUMPUR, 17/09/2025 Taktik licik pegawai imigresen yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket counter setting terbongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menemui wang simpanan mencecah jutaan ringgit serta barangan berharga dalam operasi khas Op Rentas. Pendedahan mengejutkan itu dikongsi menerusi akaun TikTok rasmi SPRM, yang memaparkan hasil sitaan daripada tiga pegawai imigresen yang […]

Mempertahankan Hak Melayu Tidak Bermakna Meminggirkan Hak Kaum Lain

MERSING, 16/09/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa perpaduan nasional hanya dapat dicapai apabila hak majoriti Melayu dan Islam dipertahankan, tanpa mengabaikan hak kaum lain yang turut bergelar warganegara Malaysia. Beliau berkata prinsip keseimbangan itu menjadi asas kepada keamanan dan keharmonian negara sejak merdeka. “Kalau kita mahu jamin perpaduan, negara ini majoriti Melayu, […]

Tiada Lagi Tempat Selamat di Gaza: Serangan Israel Musnahkan Lagi Menara di Gaza, 53 Terbunuh

GAZA CITY/DOHA, 16709/2025 Keganasan di Gaza semakin meruncing apabila serangan udara Israel pada Ahad memusnahkan tiga blok kediaman termasuk Menara al-Kawthar di kawasan Remal, selatan Gaza City. Sekurang-kurangnya 53 penduduk Palestin terbunuh, 35 daripadanya di Gaza City, manakala ratusan keluarga sekali lagi dipaksa melarikan diri akibat arahan pemindahan paksa baharu. Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan dua […]

“Kota Kemanusiaan” di Gaza: Dari Runtuhan ke Ancaman Pemindahan Paksa, Penduduk Palestin Hilang Harapan Pulang

GAZA, 19/09/2025 Selepas berbulan-bulan hidup dalam ketakutan akibat serangan bom, ribuan keluarga Palestin yang cuba kembali ke rumah masing-masing di utara Gaza kini berdepan kebimbangan baharu. Cadangan pembinaan “kota kemanusiaan” di selatan Gaza yang dikawal tentera Israel menimbulkan trauma mendalam kerana ia dilihat sebagai usaha untuk memindahkan mereka secara paksa sekali lagi. Bagi penduduk Gaza, […]

Kelayakan Piala Dunia 2026: Pemain Itali Mengejek Israel, Simbol Solidariti Global Buat Palestin

KUALA LUMPUR, 15/09/2025 Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 antara Itali dan Israel yang berlangsung penuh dramatik dengan keputusan 5-4 memihak skuad Azzurri bertukar menjadi isu politik selepas pemain Itali didakwa mengejek dan mengutuk pemain Israel sepanjang 90 minit permainan. Menurut laporan media Israel, ejekan itu termasuk kata-kata kasar yang dilemparkan oleh penjaga gol Itali, Gianluigi […]

Serangan Udara Israel di Gaza City Ragut 32 Nyawa, Termasuk 12 Kanak-Kanak, Lebih 250,000 Terpaksa Melarikan Diri

DEIR AL-BALAH/BAITULMAQDIS, 15/09/2025 Serangan udara besar-besaran Israel di Gaza City pada Sabtu mengorbankan sekurang-kurangnya 32 penduduk, termasuk 12 kanak-kanak, menurut laporan petugas perubatan di Hospital Al-Shifa. Serangan berterusan itu berlaku ketika tentera Israel mengarahkan ratusan ribu penduduk Palestin meninggalkan bandar terbesar di Gaza yang didakwa sebagai kubu terakhir Hamas. Dalam kejadian di Sheikh Radwan, sebuah […]

Belanjawan Selangor 2026: Fokus Modal Insan, RM3 Bilion Perbelanjaan Dijangka Pacu Ekonomi Negeri

KUALA LUMPUR, 14/09/2025 Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Belanjawan 2026 akan dirangka berasaskan kajian menyeluruh, data ekonomi serta input pakar, dengan memberi tumpuan utama kepada pembangunan modal insan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menegaskan nilai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman rakyat merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. “Belanjawan kita bukan berdasarkan imaginasi, sebaliknya berpaksikan data, […]

Pengkuatkuasa Pengkhianat Negara Terima Hampir RM50,000 Sebulan Lindungi Warga Asing

SHAH ALAM, 14/09/2025 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu lagi skandal mengejutkan apabila sindiket counter setting dikesan menawarkan rasuah mencecah RM50,000 sebulan kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi kemasukan warga asing tanpa melalui prosedur sah. Penemuan itu sekali gus membuka mata rakyat terhadap betapa seriusnya isu integriti di pintu masuk negara. Ketua Pesuruhjaya SPRM, […]