MIC Kecam Ultimatum Zahid, Dakwa Zahid Bersikap Diktator dan Beban Kepada Barisan Nasional

79th Malaysian Indian Congress – Malaysia Indian Congress, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr SA Vigneswaran, President of MIC, Bersama barisan pemimpin MIC. Sumber Image; Malaysia Indian Congress PETALING JAYA, 28 Disember 2025. Dua pemimpin kanan Malaysian Indian Congress (MIC) mengecam kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, yang mengeluarkan amaran bahawa gabungan itu […]

Najib Dihukum Penjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion: Keputusan Mahkamah Tinggi 1MDB Gegarkan Putrajaya

PUTRAJAYA, 27 Disember 2025 Bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.38 bilion oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa melibatkan suapan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan jumlah yang sama. […]

Pemimpin BN, UMNO Tegur DAP Jangan Biadap

KUALA LUMPUR, 25 Disember 2025 Kenyataan di media sosial oleh Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin, yang dianggap “meraikan” keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kes Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, mencetuskan reaksi keras daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Isu itu pantas menjadi perhatian nasional apabila pemimpin BN menyifatkan kenyataan sedemikian tidak […]

Titah Adendum Tidak Sah: Mahkamah Putus Najib Kekal Di Penjara Kajang, Debat Kuasa Raja Berperlembagaan Kembali Hangat

KUALA LUMPUR,  24 Disember 2025 Bekas Perdana Menteri Najib Razak kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakimannya untuk melaksanakan Titah Adendum yang didakwa membenarkan tahanan rumah. Mahkamah memutuskan Titah Adendum tersebut tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan kerana isu tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam […]

Titah Adendum: PMX “Boleh Simpati Tetapi Perlu Hormati Keputusan Mahkamah”

PUTRAJAYA, Disember 2025 – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah susulan penghakiman berhubung isu Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak, sambil menekankan prinsip kedaulatan undang-undang, pengasingan kuasa dan kebebasan badan kehakiman sebagai teras pentadbiran Kerajaan MADANI. Dalam kenyataan hari ini, Anwar berkata badan kehakiman mesti dan akan […]

Zahid Umum BN Mahu Hidupkan Semula GST Selepas PRU16, Anggap Sistem Terbaik Demi Keadilan Cukai

BUTTERWORTH, 23 Disember 2025 Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa BN akan mendesak pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dengan menyifatkannya sebagai sistem percukaian paling adil dan berkesan untuk memperkukuh hasil negara serta memastikan pengagihan lebih saksama kepada rakyat. Berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-17 […]

MIC Diberikan Kata Dua Oleh Ahmad Zahid Hamidi Jika Terus Berbelah Bahagi

  PERAI, 22 Disember 2025. Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi, memberi amaran terbuka bahawa kepimpinan BN akan menentukan masa depan MIC sekiranya parti itu terus gagal membuat keputusan sama ada mahu kekal atau meninggalkan gabungan yang diasaskannya lebih tujuh dekad lalu. Amaran itu disuarakan susulan tanda-tanda ketidaktentuan pendirian MIC yang menurut Zahid berisiko menjejaskan […]

PUTRA Label Rombakan Kabinet ‘Bendera Putih’, Persoal Arah Kuasa dan Peranan Parti Teras Kerajaan

KUALA LUMPUR, 22 Disember 2025 Gabungan politik PUTRA melontarkan kritikan keras terhadap rombakan kabinet terbaharu kerajaan Malaysia Madani, dengan menyifatkannya sebagai “Kabinet Bendera Putih” yang didakwa terbentuk akibat tekanan politik, bukan keperluan pentadbiran. Dalam kenyataan panjangnya, PUTRA mempersoalkan sumber arahan sebenar dalam perubahan kabinet serta mendakwa berlaku penyerahan kuasa demi kelangsungan jawatan Perdana Menteri. Menurut […]

“Perang Moden Bukan Untuk Memusnahkan”: Thailand Sahkan Strategi Hakis Keupayaan Ketenteraan Kemboja

BANGKOK, 22 Disember 2025 Ketua Tentera Udara Thailand menegaskan bahawa objektif utama operasi ketenteraan negaranya dalam konflik sempadan dengan Kemboja bukanlah untuk memusnahkan negara jiran itu, sebaliknya untuk menghakis keupayaan ketenteraan Kemboja sehingga tidak lagi menjadi ancaman keselamatan kepada Thailand. Penegasan itu dibuat oleh Prapas Sornjaidee, yang menyifatkan pendekatan peperangan moden sebagai berasaskan kesan jangka […]

Hadi Label Kerajaan Madani ‘Syubhah,’ Liberal dan Sekular

  KUALA LUMPUR, 21 Disember 2025 Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyifatkan kerajaan Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai “syubhah” atau meragukan, meskipun beliau tidak berhasrat mengulas secara langsung rombakan kabinet terbaharu. Kenyataan itu disampaikan melalui tulisan minda presiden terkininya yang mencetuskan perbincangan meluas dalam kalangan pemimpin politik dan masyarakat. Dalam […]