UEC ‘Masuk UNISEL’ Jadi Hujah, Pakar Tegaskan Ini Bukan Pengiktirafan Kerajaan: Status IPTS Jadi Titik Perbezaan Yang Ramai Terlepas Pandang

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2025 Perdebatan mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kembali hangat apabila isu kemasukan lepasan UEC ke Universiti Selangor (UNISEL) dijadikan hujah bahawa kerajaan kononnya telah “mengiktiraf” UEC. Namun, beberapa pemerhati dan tokoh akademik menegaskan hujah itu mengelirukan kerana UNISEL berstatus institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS), sekali gus beroperasi di bawah kerangka undang-undang […]
Naratif Desakan Mencabar Perlembagaan Sudah Bermula Sejak Tahun 1959

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2025 Polemik pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kembali memuncak apabila beberapa pihak dilaporkan mahu bertemu Perdana Menteri untuk mendesak pengiktirafan sijil berkenaan, sekali gus mencetuskan kegelisahan awam dan pertikaman lidah dalam kalangan rakyat. Dalam kemelut yang berulang sejak era awal kemerdekaan, beberapa pakar pendidikan dan pemerhati dasar menegaskan bahawa penolakan terhadap […]
“Tolak UEC Bukan Anti Mandarin”: Isu Sebenar Adalah Penghinaan Kepada Perlembagaan Persekutuan

SHAH ALAM, 18 Disember 2025 Cadangan supaya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kembali mencetuskan polemik nasional apabila Pakar Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, tampil menolak keras pengiktirafan tersebut dengan menegaskan bahawa pendiriannya bukan berpunca daripada sikap anti bahasa Mandarin, sebaliknya berkait rapat dengan soal Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan bahasa kebangsaan dan […]
ZAHID BERI AMARAN KERAS: “SEKALI KELUAR BN, TIADA JALAN KEMBALI”

SEMENYIH, 13 Disember 2025 Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi amaran tegas kepada mana-mana parti komponen yang sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan gabungan itu supaya menilai keputusan mereka dengan cermat, sambil menegaskan bahawa BN tidak akan menerima semula mana-mana parti yang telah keluar jika mereka mahu kembali pada masa hadapan. Amaran […]
Kaum India (IPF) Terus Setia Bersama Barisan Nasional – Perhimpunan IPM Malaysia 2025

SEMENYIH, 15 Disember 2025 Perhimpunan Agung Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF Malaysia) 2025 baru-baru ini menjadi manifestasi jelas kesetiaan berterusan parti itu kepada Barisan Nasional (BN), dengan kepimpinan BN menyifatkan komitmen IPF sebagai bukti kepercayaan yang tidak pernah goyah sejak lebih tiga dekad lalu. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau pulang […]
MIC KEKAL DALAM BN SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI, SARAVANAN SAHUT AMARAN ZAHID

PETALING JAYA, 15 Disember 2025 MIC akan terus kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) sehingga keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Tertinggi MIC, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan. Kenyataan itu dibuat ketika spekulasi mengenai hala tuju politik MIC semakin hangat, termasuk kemungkinan menyertai Perikatan Nasional (PN). Saravanan, yang juga Ahli Parlimen Tapah, berkata […]
KPT TEGASKAN KEPUTUSAN MENGENAI UEC MESTI BERPAKSI PERLEMBAGAAN, BUKAN TEKANAN POLITIK

PUTRAJAYA, 14 Disember 2025 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menegaskan bahawa sebarang keputusan berhubung cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mesti dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bukannya tekanan politik atau tuntutan mana-mana kumpulan berkepentingan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, dalam kenyataan rasmi berkata pendirian kerajaan Madani kekal […]
PMX Beri Peruntukan RM200K Kepada Christian Federation of Malaysia dan Tegaskan Bahasa Lain Selain Bahasa Melayu Juga Perlu Di Tingkatkan Penguasaannya.

PETALING JAYA, 14 Disember 2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Bahasa Melayu mesti kekal sebagai bahasa utama negara, namun penguasaan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan Mandarin perlu dipertingkat serentak bagi memastikan generasi muda Malaysia kekal kompetitif di pentas global. Penegasan itu dibuat beliau pada Majlis Minum Petang Krismas anjuran Christian […]
DR. MAHATHIR SIFATKAN PERJANJIAN ART SEBAGAI “MALAYAN UNION BAHARU”, PERTIKAICARA TANDATANGAN PERDANA MENTERI DALAM URUSAN PERDAGANGAN DENGAN AS

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2025 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekali lagi menggandakan kritikannya terhadap Agreement on Reciprocal Trade (ART) yang ditandatangani Malaysia dengan Amerika Syarikat pada 26 Oktober lalu. Dalam ucapan dasar beliau pada Konvensyen Melayu 153 di ibu negara, Dr. Mahathir menyamakan perjanjian itu dengan Malayan Union 1946, yang pernah ditolak […]
LAPORAN JENAYAH KEWANGAN ANTARABANGSA: MALAYSIA PULIHKAN ASET RM37.63 BILION, NAIK 15 KALI GANDA SEJAK 2015

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2025 Malaysia mencatat pencapaian luar biasa dalam usaha pemulihan aset jenayah kewangan apabila berjaya memulihkan RM37.63 bilion sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bersamaan peningkatan 15 kali ganda berbanding laporan penilaian bersama tahun 2015. Dapatan itu diumumkan dalam laporan terbaharu Financial Action Task Force (FATF) dan Asia/Pacific Group on Money Laundering […]