Pemilihan PKR 2025: Rafizi dan Nurul Izzah Kemuka Hujah, Isu Nepotisme Jadi Tumpuan

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2025. Pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini menyaksikan pertembungan dua tokoh besar, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar, dengan isu nepotisme menjadi perdebatan hangat dalam kalangan ahli parti dan masyarakat umum. Nurul Izzah, dalam pengumuman rasmi pencalonannya, menegaskan bahawa keputusan beliau bertanding bukanlah keputusan yang mudah, namun […]

Majoriti Rakyat Malaysia Tolak Pengampunan Diraja Untuk Najib

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2025 – Majoriti rakyat Malaysia menolak pemberian pengampunan diraja kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung sabitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut tinjauan yang dijalankan oleh Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek Sama). Dalam tinjauan melibatkan 1,210 responden dari 222 kawasan Parlimen, sebanyak 57.8 peratus responden tidak […]

Isu Kerusi PRN Melaka: BN Tegas Tidak Beri Laluan Kepada DAP

MELAKA, 10 Mei 2025. Ketua Pemuda UMNO Melaka, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menolak cadangan DAP Melaka yang mencadangkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara sama rata, 14 untuk Barisan Nasional (BN) dan 14 untuk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Dr Muhamad Akmal, yang juga ahli Exco kerajaan negeri […]

MCA Tolak Cadangan Penyertaan ke DAP: DAP Perjuangkan Iktiraf UEC dan Pajakan Tanah 999 Tahun

  Kuala Lumpur, 6 Mei 2025. Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, menolak cadangan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin, yang mencadangkan agar MCA dibubarkan dan menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP). Neow menegaskan bahawa MCA dan DAP mempunyai ideologi yang berbeza, di mana MCA berpegang kepada prinsip kesederhanaan dan meraikan kepelbagaian, manakala DAP sering menggunakan […]

Gabungan MCA dan DAP Menguatkan Lagi Perjuangan Hak Majmuk Kaum Cina

Pada 5 Mei 2025, Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin, mencadangkan agar Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dibubarkan dan bergabung dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau berpendapat bahawa MCA tidak lagi relevan dan hanya memenangi dua kerusi Parlimen dengan sokongan pengundi UMNO, tanpa mewakili masyarakat Cina secara signifikan. Cadangan ini segera mendapat reaksi daripada Setiausaha Agung […]

Rafizi Ramli Pertimbang Berundur dari Jawatan Timbalan Presiden PKR

Kuala Lumpur, 4 Mei 2025. Datuk Seri Rafizi Ramli, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Menteri Ekonomi, kini sedang bercuti sehingga 31 Mei 2025. Cuti panjang beliau telah mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan beliau berundur daripada jawatan parti. Menurut laporan, Rafizi dilaporkan menyuarakan hasrat untuk berundur dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya selepas Mesyuarat Majlis Namun, […]

Hubungan BERSATU dan UMNO Seperti Carik-Carik Bulu Ayam

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2025. Politik Malaysia sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat apabila BERSATU memberi isyarat terbuka tentang kemungkinan bekerjasama semula dengan UMNO. Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa keterbukaan ini bukan kerana kelemahan, tetapi bagi mencapai matlamat politik yang lebih besar iaitu memperjuangkan agama, bangsa, dan negara. Dalam satu podcast yang […]

Isu 3R (Kaun, Agama dan Raja) Adalah Larangan Tidak Sah Dari Segi Perundangan

Kuala Lumpur, 3 Mei 2025. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan kebebasan bersuara berkaitan isu 3R (kaum, agama, raja) yang masih berkuat kuasa di negara ini. Beliau mendakwa bahawa larangan ini bukan sahaja tidak sah dari segi perundangan kerana tidak diluluskan di Parlimen, malah mengekang rakyat daripada membincangkan perkara […]

Doktor Bantah Undang-Undang Penandaan Harga Ubat, Lancar Protes ke Putrajaya 6 Mei Ini

PUTRAJAYA, 2 Mei – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengumumkan akan mengadakan perarakan aman bertajuk “Doctors Betrayed: The Long Walk to Putrajaya” pada Selasa depan, 6 Mei 2025, sebagai bantahan terhadap pelaksanaan undang-undang baharu yang mewajibkan fasiliti kesihatan swasta memaparkan harga ubat secara terbuka. Protes tersebut dijadualkan bermula dari Kementerian Kesihatan menuju Pejabat Perdana Menteri dengan […]