PMX Beri Peruntukan RM200K Kepada Christian Federation of Malaysia dan Tegaskan Bahasa Lain Selain Bahasa Melayu Juga Perlu Di Tingkatkan Penguasaannya.

  PETALING JAYA, 14 Disember 2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Bahasa Melayu mesti kekal sebagai bahasa utama negara, namun penguasaan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan Mandarin perlu dipertingkat serentak bagi memastikan generasi muda Malaysia kekal kompetitif di pentas global. Penegasan itu dibuat beliau pada Majlis Minum Petang Krismas anjuran Christian […]

DR. MAHATHIR SIFATKAN PERJANJIAN ART SEBAGAI “MALAYAN UNION BAHARU”, PERTIKAICARA TANDATANGAN PERDANA MENTERI DALAM URUSAN PERDAGANGAN DENGAN AS

KUALA LUMPUR, 14 Disember 2025 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekali lagi menggandakan kritikannya terhadap Agreement on Reciprocal Trade (ART) yang ditandatangani Malaysia dengan Amerika Syarikat pada 26 Oktober lalu. Dalam ucapan dasar beliau pada Konvensyen Melayu 153 di ibu negara, Dr. Mahathir menyamakan perjanjian itu dengan Malayan Union 1946, yang pernah ditolak […]

LAPORAN JENAYAH KEWANGAN ANTARABANGSA: MALAYSIA PULIHKAN ASET RM37.63 BILION, NAIK 15 KALI GANDA SEJAK 2015 

  KUALA LUMPUR, 13 Disember 2025 Malaysia mencatat pencapaian luar biasa dalam usaha pemulihan aset jenayah kewangan apabila berjaya memulihkan RM37.63 bilion sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bersamaan peningkatan 15 kali ganda berbanding laporan penilaian bersama tahun 2015. Dapatan itu diumumkan dalam laporan terbaharu Financial Action Task Force (FATF) dan Asia/Pacific Group on Money Laundering […]

DAPSY PERSOAL TENTANG PENENTANGAN TERHADAP UEC: “MENGAPA UEC TERUS DIPERTIKAIKAN?”

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2025 Sayap Pemuda DAP hari ini mempersoalkan sebab-sebab sebenar penentangan berterusan terhadap pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), sedangkan Malaysia sudah lama mengiktiraf beberapa peperiksaan luar negara lain yang turut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAPSY, Syaheera Ghaffar, menegaskan bahawa […]

KEMBOJA UMUM TARIK DIRI SEPENUHNYA DARIPADA SUKAN SEA 2025, KONFLIK SEMPADAN DENGAN THAILAND CETUS PEMINDAHAN 500,000 PENDUDUK

BANGKOK, 12 Disember 2025 Sukan SEA 2025 berdepan kejutan besar apabila Kemboja mengumumkan penarikan diri sepenuhnya daripada temasya serantau itu susulan konflik sempadan yang kembali memuncak dengan negara tuan rumah, Thailand. Pengunduran tersebut disahkan oleh pegawai kanan Sukan SEA, Akarin Hiranprueck, yang memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas pertempuran terbaharu mengorbankan sekurang-kurangnya 11 anggota tentera […]

CHEGUBARD TERPAKSA HENTIKAN PROTES JALAN KAKI 300KM AKIBAT CEDERA TERUK PADA KAKI, BADAN SEMAKIN LEMAH

PETALING JAYA, 11 Disember 2025 Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, terpaksa menghentikan protes “Jalan Kaki Demi Maruah Diri dan Kembalikan Perjuangan ke Tangan Rakyat” selepas mengalami kecederaan teruk pada kaki serta keletihan menyeluruh pada badan. Beliau sepatutnya meneruskan perjalanan menuju ke Mahkamah Johor Bahru untuk prosiding kes dirinya yang bersambung […]

PM ANWAR TEGASKAN PERLINDUNGAN SOSIAL MESTI MENYELURUH: MESYUARAT MySPC GARISKAN REFORMASI PADU, PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA & HALA TUJU PENDIDIKAN TINGGI 2035

KUALA LUMPUR,11 Disember 2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa semua program perlindungan sosial negara mesti dilaksanakan secara inklusif dan menyeluruh, merangkumi seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang atau wilayah. Penegasan itu dibuat ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Malaysia Social Protection Council (MySPC) kali ke-9 (No. 2/2025) di Putrajaya, hari ini. Anwar, yang juga […]

“Agreement on Reciprocal Trade” Dedah Malaysia kepada Risiko Gadai Kedaulatan? Tun Mahathir dan Bekas Panglima ATM Suarakan Amaran Keras”

  KUALA LUMPUR, 7 Disember 2025 Dua tokoh negara, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (Bersara) Tan Sri Borhan Ahmad, tampil menyuarakan kebimbangan serius mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balik ART (Agreement on Reciprocal Trade) yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat semasa lawatan Presiden Donald Trump ke Kuala Lumpur. Kedua-duanya […]

MBOT Sertai MPKK, Akta 652 Dipinda: Reformasi TVET Negara Bermula, Masa Depan Tenaga Mahir Malaysia Bakal Berubah

PUTRAJAYA, 6 Disember 2025 PUTRAJAYA, 4 Disember – Malaysia Board of Technologists (MBOT) melakar sejarah baharu apabila bukan sahaja disahkan sebagai anggota Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK), malah turut menyambut baik pindaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) yang diluluskan di Dewan Rakyat. Langkah ini dijangka memberi impak besar kepada ekosistem TVET dan pengiktirafan […]

Laporan Ketua Audit Negara Dedah Ketirisan RM241 Juta, Felcra Disiasat MACC

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2025 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Felcra Berhad selepas Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 mendedahkan beberapa kelemahan tadbir urus serius, termasuk pembelian empat ladang sawit bernilai RM241.76 juta antara tahun 2022 hingga 2024. Siasatan ini dilakukan selepas wujudnya petunjuk awal kemungkinan berlaku salah guna kuasa, ketidakpatuhan […]