Pesanan Penting Dari Bank Negara Malaysia.

Kuala Lumpur, 17 Okt 2024, 3.00 petang – BERDEPAN dengan pemungut hutang boleh menjadi satu cabaran, tetapi sentiasa ingat hak anda sebagai pengguna! Sekiranya anda mengalami kesulitan, hubungi bank anda atau klik http://bnmlink.bnm.gov.my/ untuk mendapatkan nasihat atau untuk membuat aduan. #Prezcom Lebih Banyak Berita: UMNO Semakin Lemah. Itu Bukan Alasan Konkrit Untuk Berhijrah.
Duit Syiling Peringatan Bersempena Pertabalan Agong Ke-XVII Sultan Ibrahim.

Kuala Lumpur, 06 Okt 2024, 12.00 malam – BANK Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim. Anda boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai 2 Oktober 2024. Kepada yang berminat untuk mendapatkan duit Syiling ini dan ingin mengetahui […]
Penjelasan JAKIM Berkaitan Sebaran Video Mengenai Bajet Sekolah Agama 2024.

Kuala Lumpur, 06 Okt 2024, 12.00 tengahari – JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil memberi penjelasan berhubung satu video yang tersebar di media sosial, bertajuk “BERJASA Kesal 1,000 Sekolah Agama Belum Terima Imbuhan Bajet 2024”, yang diterbitkan oleh TV Pertiwi. Video berdurasi 1 minit 59 saat itu menimbulkan kekeliruan mengenai status peruntukan kepada Sekolah Agama […]
Pegawai Awam Tidak Boleh Membuat Kenyataan Awam Dimedia Sosial Tanpa Izin.

Kuala Lumpur, 04 Okt 2024, 1.00 pagi – KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, didalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024, mengingatkan supaya pegawai awam tidak membuat sebarang pernyataan yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan termasuk pendedahan menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh kementerian atau jabatan. […]
Guna Logo LHDN Tanpa Kebenaran Merupakan Satu Kesalahan Dibawah Akta 414.

Kuala Lumpur, 08 Ogos 2024, 11.00 malam – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah membuat satu kenyataan semalam, bahawa agensi pentadbir cukai itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang menggunakan logo LHDN tanpa kebenaran. Perbuatan menggunakan logo tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dibawah Bahagian 1, Jadual 1, Akta Lambang Dan Nama […]
IJN Perintis Pusat Rehabilitasi Jantung Berteknologi Tinggi Pertama di Asia

Kuala Lumpur, 04 OGOS 2024, 21:00 – INSTITUT Jantung Negara (IJN) telah mencapai satu lagi pencapaian penting dalam penjagaan kesihatan jantung melalui pembukaan pusat rehabilitasi baharu yang dilengkapi dengan teknologi senaman pneumatik terkini. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, IJN memaklumkan bahawa kemudahan canggih ini menggabungkan inovasi dari Jerman, Finland, dan Belanda, memberikan rawatan […]
Program Peralihan Khas untuk Pemegang Lesen B1 dan B2 Mendapatkan Lesen Kelas B

Kuala Lumpur, 04 OGOS 2024, 16:00 – PROGRAM khas peralihan akan diperkenalkan kepada pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 untuk membolehkan mereka memperoleh LMM kelas B (motosikal berkuasa tinggi) bermula 1 Oktober ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa salah satu syarat untuk menyertai program ini adalah individu yang terlibat mesti […]
Perhimpunan Solidariti Bersama Palestin di Arena Axiata, Bukit Jalil

Kuala Lumpur, 02 OGOS 2024, 16:00 – PERHIMPUNAN solidariti bersama rakyat Palestin yang akan berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Ahad ini adalah antara usaha untuk menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dan menyokong Palestin. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah […]
MCMC Adakan Rundingan Awam, Bangun Garis Panduan Penyedia Perkhidmatan Internet, Media Sosial

Kuala Lumpur, 02 Ogos 2024, 12:00 – SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menjalankan sesi rundingan awam bagi membentuk garis panduan lengkap yang menjelaskan keperluan etika dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial. Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan bahawa garis panduan tersebut akan dibangunkan dalam […]
Cuaca Panas: Hadkan Aktiviti Luar, Ambil Langkah Berjaga-jaga

Kuala Lumpur, 30 July 2024, 12:00 – Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar kerana Malaysia kini berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lalu. Musim ini menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering. Dr. Zulfa Hanan Ash’aari, Pensyarah Kanan di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia, memaklumkan bahawa suhu […]