
Kuala Lumpur, 04 Okt 2024, 1.00 pagi – KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, didalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024, mengingatkan supaya pegawai awam tidak membuat sebarang pernyataan yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan termasuk pendedahan menerusi media sosial melainkan diberi kuasa atau mandat oleh kementerian atau jabatan.
Perkara ini turut dimuat naik di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini. Didalam hantaran tersebut telah dinyatakan dengan jelas bahawa pegawai secara lisan atau bertulis membuat pernyataan awam yang boleh memudaratkan dasar dan rancangan atau keputusan kerajaan membabitkan sebarang isu, memalukan atau memburukkan nama kerajaan.
“Jika disabitkan kesalahan dan mengingkari mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai awam terlibat,” menurut hantaran dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Jumaat.
Kredit – Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
PROGRAM WIRA ANTIRASUAH BERSAMA SJK (T) WEST COUNTRY (BARAT) KAJANG.