Analisis Serantau: Ops Sohor dan Skandal Rasuah Ketenteraan di ASEAN

KUALA LUMPUR, 20/08/2025 Kes Ops Sohor yang membongkar penglibatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam sindiket penyeludupan bernilai jutaan ringgit telah mencetuskan kebimbangan besar tentang tahap integriti institusi pertahanan negara. Namun, isu rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawai tentera bukan hanya berlaku di Malaysia, malah turut direkodkan di beberapa negara jiran ASEAN. […]

Timbalan Perdana Menteri Ingatkan Angkatan Pertahanan dan Keselamatan – Jangan Salahguna Kuasa atau Pangkat

KUALA LUMPUR, 20/8/2025 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasukan keselamatan agar tidak sesekali menyalahgunakan pangkat atau kedudukan untuk melakukan perbuatan menyalahi undang-undang. Beliau menegaskan, penyalahgunaan kuasa bukan sahaja menjejaskan kredibiliti individu terbabit, malah mencalar maruah dan imej institusi pertahanan serta keselamatan negara. Sokong Pendirian […]

620,000 Pekerjaan Dijangka Terkesan Akibat AI, Pendigitalan dan Ekonomi Hijau – TalentCorp Dedah Kajian Impak

ALOR GAJAH, 20/08/2025 Sebanyak 620,000 pekerjaan di Malaysia dijangka terkesan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang berikutan perkembangan pesat teknologi Kecerdasan Buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau. Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Sutekno Ahmad Belon, berdasarkan hasil kajian impak yang dijalankan oleh TalentCorp. Sektor Baharu Jadi Pemacu […]

SIARAN MEDIA: MALAYSIA PERKUKUH KOMITMEN TERHADAP TEKNOLOGI NUKLEAR UNTUK KEGUNAAN KEAMANAN

BANGI, 19/08/2025 Komitmen negara dalam teknologi nuklear secara aman terus diperkukuh melalui Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 dan hasrat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk memastikan pembangunan teknologi nuklear di Malaysia dilaksanakan secara aman, selamat, bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada rakyat. Komitmen ini diterjemahkan melalui pelaksanaan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (Comprehensive Nuclear-Test-Ban […]

SIARAN MEDIA: Pulau Pangkor Sumbang Lebih RM42 juta Hasil Pendaratan Ikan Bilis

MANJUNG, 19/8/2025 Pulau Pangkor mencatatkan pendaratan ikan bilis sebanyak 2,844.44 tan metrik bernilai RM42.67 juta pada tahun 2024, sekali gus menjadikannya penyumbang terbesar hasil pendaratan ikan bilis di negeri Perak. YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, mengadakan lawatan kerja ke kawasan ini bagi meninjau perkembangan industri perikanan setempat, khususnya […]

MRANTI Supercharger Series 2025 Kembali Pacu Perjalanan R&D ke Komersialisasi

KUALA LUMPUR, 19/8/2025 Siri MRANTI Supercharger, inisiatif utama oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), kembali tahun ini dengan misi mempercepatkan perjalanan daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada komersialisasi. Sebagai pemangkin dalam ekosistem inovasi negara, program ini menghubungkan penyelidik, syarikat pemula (startup) dan pemain industri bagi menterjemahkan idea menjadi solusi bersedia pasaran. Selepas […]

Ujian Penerbangan Roket Metana LandSpace Gagal – Siasatan Punca Insiden Dilancarkan

BEIJING, 18/08/2025 Syarikat pemula (start-up) aeroangkasa komersial China, LandSpace Technology, mengesahkan salah satu roket bahan api metana yang dibangunkan syarikat itu mengalami kegagalan ketika ujian penerbangan pagi ini selepas pembawa roket berkenaan menghadapi “anomali” sejurus selepas pelancaran. Dalam kenyataan yang dikeluarkan di platform WeChat, LandSpace memaklumkan bahawa pasukan teknikal sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti […]

Semakan SOP Buli Sekolah: Ibu Bapa Tegas Perlu Ada Tindakan Susulan, Bukan Sekadar Aturan di Atas Kertas

PETALING JAYA, 18/08/2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diingatkan agar semakan prosedur operasi standard (SOP) menangani kes buli sekolah bukan sekadar melibatkan proses “lapor, siasat, hukum” tetapi mesti dilengkapkan dengan mekanisme intervensi awal, perlindungan mangsa dan tindakan susulan yang jelas. Pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE), Noor Azimah Rahim, berkata definisi buli perlu diperincikan dalam […]

Amaran Penipuan ‘Phishing’ Terbaru di Facebook – Pengguna Diseru Berwaspada Elak Jadi Mangsa

KUALA LUMPUR, 18/08/2025 Satu lagi taktik penipuan siber dikesan di Facebook melibatkan mesej palsu kononnya akaun pengguna melanggar polisi platform tersebut dan akan disekat, dipercayai bertujuan mencuri maklumat peribadi serta kata laluan. Insiden ini dilaporkan berlaku kepada seorang pengguna yang menerima mesej dalam Facebook Inbox daripada akaun bernama Christian Stein, lengkap dengan logo Facebook bagi […]

Keluarga Tavanes Vary Tuntut Siasatan Lanjut – Dakwa Kematian Anak Bukan Kemalangan Biasa

KUALA LUMPUR, 17/8/2025 Suasana sebak menyelubungi pekarangan Sogo malam tadi apabila keluarga kepada mendiang Tavanes Vary A/P Mohan, 21, tampil menuntut siasatan telus terhadap kematian anak mereka yang dikatakan terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Sentul pada 2 Julai lalu. Keluarga mendiang yang turut hadir pada himpunan solidariti itu menegaskan mereka percaya kejadian tersebut […]