Startup Innovation: MRANTI bawa Coach Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari untuk bantu Inovasi di Sabah

KUALA LUMPUR, 19/8/2025

Siri MRANTI Supercharger, inisiatif utama oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), kembali tahun ini dengan misi mempercepatkan perjalanan daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada komersialisasi. Sebagai pemangkin dalam ekosistem inovasi negara, program ini menghubungkan penyelidik, syarikat pemula (startup) dan pemain industri bagi menterjemahkan idea menjadi solusi bersedia pasaran.

Selepas kejayaan edisi terdahulu, termasuk Supercharger Kuala Lumpur 2024 dan Supercharger Penang 2024, program ini akan diteruskan dengan pelbagai kandungan berimpak tinggi bagi membantu syarikat startup.

Sorotan Acara Terdahulu

MRANTI Supercharger di UMS Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan


Supercharger Sabah 2025 – Fokus kepada Startup dan Komersialisasi

Edisi 2025 Supercharger Sabah akan berlangsung pada 19 Augast 2025 di Universiti Malaysia Sabah, dengan matlamat memperkasa startup untuk meningkatkan idea penyelidikan, meneroka peluang pembiayaan, dan menguasai kemahiran business pitching.

Tahun ini, buat kali kedua selepas Supercharger Penang 2024, MRANTI sekali lagi menampilkan Coach Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari, Jurulatih Perniagaan dan Inovasi, untuk membimbing peserta memahami konsep bisnes startup dan teknik menyampaikan pitching yang meyakinkan bagi mendapatkan dana dan peluang komersialisasi.

MRANTI Supercharger di UMS Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan


Penyertaan dan Kelayakan

Program ini terbuka kepada semua, khususnya penyelidik, Pegawai Pemindahan Teknologi (Technology Transfer Officer), startup, dan inovator yang bercita-cita tinggi. Syarat utama penyertaan ialah peserta mesti memiliki projek penyelidikan, prototaip, atau inovasi sedia ada.

Menjana Inovasi dari Idea ke Pasaran
MRANTI Supercharger Series bukan sekadar platform perkongsian ilmu, malah menjadi jambatan strategik yang menghubungkan ekosistem inovasi negara daripada idea awal hingga ke pintu pasaran. Dengan bimbingan pakar industri, akses kepada rangkaian pelabur, dan peluang pembiayaan, program ini dijangka terus mempercepatkan kelahiran produk dan perkhidmatan inovatif tempatan ke pasaran global.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.mranti.my

#Prezcom