Pengkuatkuasa Pengkhianat Negara Terima Hampir RM50,000 Sebulan Lindungi Warga Asing

SHAH ALAM, 14/09/2025 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar satu lagi skandal mengejutkan apabila sindiket counter setting dikesan menawarkan rasuah mencecah RM50,000 sebulan kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi kemasukan warga asing tanpa melalui prosedur sah. Penemuan itu sekali gus membuka mata rakyat terhadap betapa seriusnya isu integriti di pintu masuk negara. Ketua Pesuruhjaya SPRM, […]

Krisis Matrikulasi dan STPM: Suara Mahasiswa Pecah Belah, Kerajaan Didakwa Perlu Lebih Telus

PUTRAJAYA, 14/09/2025 Perdebatan mengenai masa depan program matrikulasi kembali mencetuskan gelombang kontroversi apabila Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) menuntut pemansuhan program tersebut dan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai laluan tunggal ke universiti awam (UA). Tindakan ini segera mendapat reaksi keras, termasuk bantahan daripada Gabungan Gerakan Mahasiswa Universiti yang menganggap cadangan itu bakal […]

Sabah Desak Tambahan Kerusi Parlimen Selaras MA63, PM Anwar Beri Lampu Hijau Bersyarat

KOTA KINABALU, 13/092025 Sabah menegaskan tuntutan untuk menambah kerusi Parlimen bagi negeri itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kuching, Sarawak hari ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata langkah itu adalah hak negeri berkenaan yang termaktub dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 […]

KENYATAAN MEDIA: MAQIS Nafi Terlibat Jadi Orang Tengah, Ingatkan Orang Ramai Waspada Penipuan Menyamar Pegawai

PUTRAJAYA, 13/09/2025 Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah mengeluarkan satu kenyataan media menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pegawainya terbabit dalam penggunaan orang tengah yang menawarkan perkhidmatan menguruskan urusan import dan eksport haiwan peliharaan dengan mengenakan bayaran tertentu. Penafian itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan mengenai individu yang menyamar sebagai pegawai MAQIS kononnya untuk membantu […]

Kg Sungai Baru: Apa Selepas DIKOSONGKAN?, Kerajaan Kekal Tegas, Penduduk Sedia Runding

KUALA LUMPUR, 13/09/2025 Selepas operasi pengosongan yang berlangsung di Kampung Sungai Baru, kerajaan menegaskan bahawa tindakan tersebut sah di sisi undang-undang kerana ia dilaksanakan berasaskan perintah mahkamah, sementara penduduk yang terjejas pula menyatakan kesediaan untuk membuka meja rundingan segera dengan pihak berkuasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata […]

Kg. Sungai Baru: Penduduk vs Pembangunan

    KUALA LUMPUR, 12/09/2025 Operasi pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru semalam bertukar kecoh apabila Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, cedera akibat terkena objek ketika berdepan bantahan penduduk. Peristiwa ini membuka semula perdebatan lama mengenai keadilan pampasan, hak tanah rizab Melayu, serta ketelusan projek pembangunan semula bernilai berbilion ringgit di […]

Kg Sungai Baru Bergolak: Ketua Polis Dang Wangi Cedera, Ratusan Penduduk Lawan Pengusiran, Pemaju Singapura Tak Nampak Muka

KUALA LUMPUR, 12/09/2025 Operasi pengusiran penduduk Kampung Sungai Baru bertukar tegang apabila Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, cedera di muka akibat terkena objek yang dilempar ketika bertugas di Kampung Sg. Baru. Insiden berlaku ketika ratusan anggota polis bersama pegawai penguat kuasa dan kontraktor hadir melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi untuk mengosongkan […]

MTUN Nexus Dilancar: Malaysia Pacu Model Baharu Kerjasama Universiti-Industri

  KUALA LUMPUR, 11/09/2025 Malaysia melakar sejarah baharu apabila Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan MTUN Nexus, sebuah model strategik yang direka khusus untuk memperkukuh kerjasama universiti teknikal dengan industri, sekali gus menjadikan negara lebih berdaya saing dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat. Pelancaran rasmi MTUN Nexus disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk […]

STPM 4.0 Tidak Dapat Tempat Akaun UM: KPT Jelaskan Sistem & Persaingan Ketat

PUTRAJAYA, 11/09/2025 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tampil memberi penjelasan berhubung isu seorang pelajar STPM dari Pulau Pinang, Edward Wong, yang tidak mendapat tempat dalam program Perakaunan di Universiti Malaya (UM) walaupun memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 serta markah kokurikulum 99.9 peratus. Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Wong menduduki tangga ke-1,129 daripada 2,291 calon […]