SPRM Tutup Kes Mineral Sabah: Nama Farhash Dibersihkan, Portal MalaysiaNow Disiasat

PUTRAJAYA, 11/09/2025 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung dakwaan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah yang mengaitkan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak telah selesai dan ditutup. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan Timbalan Pendakwa Raya berpendapat tiada kesalahan jenayah dikesan di bawah Akta SPRM 2009 atau Kanun Keseksaan, manakala […]

Video Tular di KLCC: Pengawal Keselamatan KLCC Sekat Himpunan Anti Israel. BDS Gesa KLCC Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 10/09/2025 Pertubuhan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia mengecam tindakan pengawal keselamatan Suria KLCC selepas beberapa peserta solidariti Palestin dihalang memasuki pusat beli-belah berkenaan, dengan bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (Tian Chua) didakwa dilayan kasar ketika cuba menenangkan keadaan. BDS Malaysia menuntut permohonan maaf terbuka dan penjelasan dasar kemasukan pengunjung yang […]

Jenama Boikot ‘Laris Semula’, Promosi SARA RM100 Dipersoal: NGO Pengguna Gesa Keutamaan Produk Tempatan

KUALA LUMPUR, 10/09/2025 Beberapa jenama import yang sebelum ini terjejas akibat kempen boikot pro-Palestin dilihat kembali mendapat perhatian pengguna susulan promosi di pasar raya di bawah program Sumbangan Asas Rahmah, SARA RM100. Tinjauan di beberapa pasar raya popular menunjukkan sebahagian jenama yang dikaitkan dengan pelaburan di Israel diberikan kelebihan dalam promosi SARA, sekali gus mencetuskan […]

Stok Beras Tempatan Lesap Di Rak: Pembekal Henti Hantar Selepas 31 Ogos, Mydin Dedah Punca ‘Status Subsidi Tidak Jelas’

SHAH ALAM, 10/09/2025 Kekurangan beras putih tempatan di beberapa pasar raya utama berpunca daripada pembekal yang menghentikan penghantaran susulan ketidakjelasan mengenai penamatan Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) Bersubsidi pada 31 Ogos. Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, memaklumkan stok terakhir beras putih tempatan di rangkaian Mydin terjual pada 3 hingga 4 September, […]

SIARAN MEDIA: 71.8% Berjaya: 78,883 Calon Ditawar Ijazah Sarjana Muda di UA; Rayuan UPUOnline Dibuka 5–14 Sept

PUTRAJAYA, 09/09/2025 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 78,883 calon ditawarkan tempat pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) bagi sesi 2025/2026, bersamaan 71.80 peratus daripada 109,866 permohonan yang diterima melalui UPUOnline. Jumlah program yang ditawarkan mencecah 1,132 dan pemilihan dibuat berdasarkan merit mengikut markah tertinggi hingga terendah. KPT turut membuka saluran rayuan selama […]

DICE 3.0 Cipta Rekod MBOR: 64 Projek Start-up Digital oleh 320 Peserta, Bakat IPT Melonjak ke Peringkat Serantau

JOHOR BAHRU, 09/09/ 2025 Program Digital Innovation Creativepreneur 3.0 (DICE 3.0) memahat sejarah apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Most Digital Start-up Projects by Students in an International Programme”, dengan 64 projek kandungan digital dipersembahkan oleh 320 peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi Malaysia serta jemputan Indonesia, Thailand […]

Universiti Awam Dikomersialkan?: Yuran Disubsidi Hingga 95%, 78,883 Calon Ditawar Tempat Tahun Ini

PUTRAJAYA, 09/09/2025 Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan universiti awam tidak dikomersialkan, sebaliknya kekal sebagai perkhidmatan sosial yang disubsidi kerajaan. Data terbaharu menunjukkan 78,883 calon berjaya ditawarkan tempat ke peringkat ijazah sarjana muda untuk sesi 2025/2026, sekali gus menafikan dakwaan bahawa kemasukan pelajar tempatan terpinggir akibat tumpuan kepada saluran terbuka atau pelajar antarabangsa. Yuran pengajian pula dibuktikan […]

RM641.9 Juta Dalam 7 Hari dab Kadar Transaksi Berjaya Cecah 99.9%

KUALA LUMPUR, 08/09/2025 Program Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencatat perbelanjaan RM641.9 juta dalam tempoh tujuh hari pelaksanaan, dengan kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9 peratus susulan penambahbaikan kapasiti sistem pemprosesan. Pada Sabtu, jualan harian mencecah RM100 juta yang memberi manfaat kepada 1.7 juta penerima menjelang 10.30 malam, sekali gus menandakan kestabilan operasi selepas beberapa […]

Flotila Hijau Pos Malaysia Bertambah: 136 Van Elektrik Baharu

KUALA LUMPUR, 08/09/2025 Pos Malaysia mengukuhkan statusnya sebagai pengendali logistik dengan armada elektrik terbesar di negara ini selepas menerima 136 van elektrik Maxus eDeliver 3 yang diserahkan oleh Weststar Maxus melalui kerjasama penyewaan Yinson GreenTech. Majlis penyerahan di Ibu Pejabat Pos Malaysia berlangsung awal minggu ini bersempena sambutan World EV Day 2025. Langkah ini menaikkan […]

Premium Insurans Melonjak, T20 Mula Beralih ke Hospital Kerajaan: Dzulkefly Gesa Tindakan Segera Kawal Inflasi Perubatan

IPOH, 08/09/2025 Kenaikan premium insurans kesihatan yang berterusan berisiko mengubah corak penggunaan sistem rawatan negara apabila golongan berpendapatan tinggi T20 dilihat semakin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kos perlindungan perubatan yang semakin tinggi boleh mendorong isi rumah T20 menilai semula polisi mereka, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada […]