BNM Mahu Sistem Penetapan Gaji Dikaji Semula, Pertumbuhan Upah Masih Ketinggalan Berbanding Produktiviti

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2026 Bank Negara Malaysia (BNM) berpandangan bahawa sistem penetapan gaji negara perlu dikaji semula selepas mendapati pertumbuhan upah pekerja masih tidak bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti ekonomi. Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar berkata, meskipun produktiviti terus meningkat, pelarasan gaji minimum masih belum memberi kesan yang menyeluruh kepada struktur gaji pada […]

Malaysia Tegaskan Dasar Tidak Mengiktiraf Israel Selepas Duta Dipanggil Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 2 Augast 2026 Malaysia menegaskan bahawa dasar negara yang tidak mengiktiraf Israel kekal tidak berubah selepas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat bagi menjelaskan pendirian Putrajaya berhubung dasar tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram […]

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Ke-59 Tegaskan Kesatuan Serantau, Myanmar dan Keselamatan Maritim Jadi Fokus

MANILA, 1 Augast 2026 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-59 dan Mesyuarat Berkaitan di Manila mengulangi komitmen negara anggota untuk memperkukuh perpaduan ASEAN, meningkatkan kerjasama serantau serta menangani cabaran keselamatan dan ekonomi yang semakin kompleks. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar, keselamatan maritim, perdagangan serantau, keselamatan makanan dan tenaga serta […]

Wanita Didenda RM12,000 Kerana Hantaran Hina Islam Di X

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2026 Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM12,000 terhadap seorang pekerja sambilan dalam bidang kreatif selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik yang menghina Islam menerusi platform Twitter, yang kini dikenali sebagai X, pada 2023. Hakim Muhammad Ilmami Ahmad turut memerintahkan Yeo Li Yin, 48, […]

Malaysia dan Myanmar Setuju Hantar Pulang 5,000 Pelarian Rohingya, Kata Anwar Ibrahim

  PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 Malaysia dan Myanmar mencapai persetujuan untuk menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya yang kini berada di Malaysia, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perbincangan antara kedua-dua negara. Anwar berkata, proses itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab mengenal pasti dan menjalankan saringan terhadap individu yang terlibat, […]

Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Pertuduhan AMLA Selepas AGC Tarik Balik Pendakwaan

  SHAH ALAM, 30 Julai 2026 Ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow atau nama sebenarnya Liow Soon Hee, sebenarnya telah dilepas dan dibebaskan daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan lebih RM36 juta selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan kira-kira tiga tahun lalu. Perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Rajpal Singh, […]

Panasonic Tutup Kilang Shah Alam: 400 Pekerja Bakal Terjejas

SHAH ALAM, 30 Julai 2026 Kerajaan Selangor sedang merangka pelan intervensi bagi membantu kira-kira 400 pekerja Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn. Bhd. (PAVCKM) yang dijangka terkesan susulan keputusan syarikat itu menamatkan operasi kilangnya di Shah Alam secara berperingkat sehingga Mac 2027. Langkah tersebut diambil selepas Panasonic mengumumkan penyusunan semula operasi pembuatan global bagi […]

Zahid: Tiada Siapa Kebal Jika Dikaitkan Dalam Laporan RCI Tabung Haji

TAMPIN, 29 Julai 2026 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada mana-mana individu yang kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya nama mereka dikaitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji. Beliau berkata dapatan RCI perlu didedahkan secara telus kepada rakyat, manakala sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pecah amanah atau […]

Aliff Rakib Cipta Sejarah, Rakyat Malaysia Pertama Rangkul Gelaran Dunia Interim Muay Thai ONE Championship

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2026 Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, melakar sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul Kejuaraan Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, menerusi kemenangan knockout (KO) pada pusingan kelima di Stadium Lumpinee, Bangkok. Kemenangan bersejarah itu meletakkan nama Malaysia […]

Ketegangan Asia Barat Memuncak, Serangan Terhadap Kemudahan Tenaga Saudi Tingkatkan Kebimbangan Pasaran Global

DUBAI, 27 Julai 2026 Ketegangan di Asia Barat terus meningkat apabila kumpulan Houthi mendakwa telah melancarkan serangan terhadap kemudahan tenaga di Arab Saudi, sekali gus menimbulkan kebimbangan baharu mengenai keselamatan bekalan tenaga dunia serta kestabilan pasaran kewangan global. Menurut Reuters, Houthi mendakwa telah menyasarkan kemudahan tenaga di Jizan dan Yanbu, dua lokasi penting dalam rangkaian […]