Telefon Anda, Aplikasi Siapa? Dakwaan AppCloud Pra-Pasang Pada Samsung Series A/M Di Kaitkan dengan Israel

CYBERJAYA, 21/09/2025 Beberapa laporan hak digital antarabangsa mendakwa aplikasi AppCloud yang dikaitkan dengan syarikat Israel, ironSource kini dimiliki Unity  hadir sebagai aplikasi pra-pasang pada sebahagian telefon Samsung Galaxy siri A dan M, sukar dinyahpasang, serta aktif memaparkan cadangan aplikasi kepada pengguna. Badan hak digital berpengkalan di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (WANA), SMEX, menyiarkan […]

“Lagi ‘Bilis’ Ditangkap!”:  20 Pegawai Imigresen Dipecat Kerana Pengkhianatan ‘Counter Setting’, Sementara 227 Lagi Disiasat

KUALA LUMPUR, 20/09/2025 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan 20 pegawai telah dibuang kerja kerana terbabit rasuah di pintu masuk negara melalui modus operandi “counter setting”, manakala 227 pegawai lain sedang disiasat sebelum tindakan lanjut diambil. Pendedahan itu dibuat selepas siasatan dalaman yang memakan masa sehingga tiga tahun dan sabitan mahkamah terhadap sebahagian individu berkenaan, kata […]

Era BNPL Tanpa Kawal Selia Berakhir: 102.6 Juta Transaksi Setengah Tahun, Akta Kredit Pengguna Perkenal Tapisan Ketat

  KUALA LUMPUR, 20/0/2025 Gelombang “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” (BNPL) yang melonjak kepada 102.6 juta transaksi bernilai RM9.3 bilion pada separuh pertama 2025 bakal ditangani dengan peraturan baharu apabila Rang Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 telah diluluskan kedua-dua dewan Parlimen dan disasar diwartakan hujung tahun ini. Kerajaan menegaskan era BNPL yang beroperasi tanpa lesen dan semakan […]

Tuntut RM353 Juta!:Aerotree Saman Kerajaan Selepas Kontrak Sewa 4 Blackhawk Dibatalkan

KUALA LUMPUR, 20/09/ 2025 Syarikat pertahanan Aerotree Defence & Services Sdn Bhd memfailkan saman RM353 juta terhadap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) susulan penamatan kontrak sewaan empat helikopter Blackhawk UH-60A selama lima tahun yang dikatakan berlaku pada 31 Oktober 2024. Aerotree turut memohon injunksi untuk menghalang kerajaan daripada menggunakan jaminan bank RM1.87 juta yang […]

GROWMatch 2025 Pikat Usahawan Agri-PMKS: 50 Finalis Dipilih, Akses Pembiayaan Alternatif Diperkukuh

KUALA LUMPUR, 19/09/ 2025 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menghimpunkan 50 usahawan pertanian dan bio terpilih bagi kohort kedua GROWMatch 2025, satu inisiatif padanan yang membuka laluan pembiayaan alternatif melalui pasaran modal kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Diadakan di ibu pejabat SC, program ini menekankan tema “Menangani Cabaran Industri untuk Memperkukuh Keterjaminan […]

RISDA Lancar Agro Majestic di Kota Tinggi. RM1.62 Juta Diperuntuk Perkasa Pekebun Kecil

KOTA TINGGI, 18/09/2025 Jelajah RISDA Agro Majestic, sebuah inisiatif memperkasa ekonomi pekebun kecil, telah dilancarkan  di Pusat Informasi Pelancongan (TIC) Kota Tinggi. Program anjuran RISDA dengan kerjasama Pejabat Parlimen Tenggara ini telah disempurnakan oleh Pengerusi RISDA, YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Panti, YB Tuan […]

Pelabuhan Klang Catat Sejarah Duduki 10 Teratas Tersibuk Dunia

KUALA LUMPUR, 17/09/2025 Malaysia melakar sejarah baharu dalam sektor maritim apabila Pelabuhan Klang buat julung kali menempatkan diri dalam kelompok 10 pelabuhan kontena tersibuk dunia, menurut senarai Lloyd’s List Top 100 Ports 2025. Lonjakan ke tangga ke-10 ini sekali gus mengatasi kedudukan Hong Kong, menandakan kejayaan besar selepas mencatat kedudukan ke-13 pada 2022 dan ke-11 […]

KENYATAAN MEDIA: MAQIS Nafi Terlibat Jadi Orang Tengah, Ingatkan Orang Ramai Waspada Penipuan Menyamar Pegawai

PUTRAJAYA, 13/09/2025 Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah mengeluarkan satu kenyataan media menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pegawainya terbabit dalam penggunaan orang tengah yang menawarkan perkhidmatan menguruskan urusan import dan eksport haiwan peliharaan dengan mengenakan bayaran tertentu. Penafian itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan mengenai individu yang menyamar sebagai pegawai MAQIS kononnya untuk membantu […]

MTUN Nexus Dilancar: Malaysia Pacu Model Baharu Kerjasama Universiti-Industri

  KUALA LUMPUR, 11/09/2025 Malaysia melakar sejarah baharu apabila Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan MTUN Nexus, sebuah model strategik yang direka khusus untuk memperkukuh kerjasama universiti teknikal dengan industri, sekali gus menjadikan negara lebih berdaya saing dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pembangunan bakat. Pelancaran rasmi MTUN Nexus disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk […]

STPM 4.0 Tidak Dapat Tempat Akaun UM: KPT Jelaskan Sistem & Persaingan Ketat

PUTRAJAYA, 11/09/2025 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tampil memberi penjelasan berhubung isu seorang pelajar STPM dari Pulau Pinang, Edward Wong, yang tidak mendapat tempat dalam program Perakaunan di Universiti Malaya (UM) walaupun memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 serta markah kokurikulum 99.9 peratus. Menurut Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Wong menduduki tangga ke-1,129 daripada 2,291 calon […]