Amaran Varian Baharu Covid-19 ‘Stratus’: Jangkitan Melonjak Empat Kali Ganda dalam Sebulan!

LONDON, 5 Julai 2025. Varian baharu Covid-19 dikenali sebagai “Stratus” atau XFG melonjak empat kali ganda dalam tempoh sebulan sahaja di United Kingdom (UK), mencetuskan kebimbangan terhadap gelombang jangkitan baharu yang lebih pantas menular. Data terkini Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) menunjukkan varian ini meningkat daripada 10 peratus pada Mei kepada hampir 40 peratus […]
Tali Pinggang Keledar Rosak? JPJ Arahkan Penumpang Bas Ekspres Segera Buat Aduan

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025. Penumpang bas ekspres dan bas persiaran di Malaysia diminta segera membuat laporan terus kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya mendapati tali pinggang keledar di tempat duduk mereka mengalami kerosakan atau tidak berfungsi. Aduan boleh dikemukakan melalui aplikasi MyJPJ berserta bukti foto atau video serta butiran perjalanan bagi memudahkan siasatan lanjut […]
Sultan Pahang Tegaskan Lagi, Desak Larangan Vape di Seluruh Negara Demi Lindungi Generasi Muda

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekali lagi menegaskan gesaan baginda supaya kerajaan persekutuan melaksanakan larangan menyeluruh terhadap penggunaan rokok elektronik (vape). Titah baginda ini berikutan kebimbangan serius terhadap peningkatan penggunaan vape dalam kalangan generasi muda dan risiko kesihatan yang amat membimbangkan. Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa larangan […]
Lebih 2 Juta Saman Masih Tertunggak: JPJ Lanjutkan Bayaran Kompaun Khas RM150 Hingga 31 Disember 2025

PERINGGIT, MELAKA, 3 Julai 2025 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan lanjutan tempoh Tawaran Bayaran Kadar Kompaun Khas Flat Rate sebanyak RM150 sehingga 31 Disember 2025, bagi memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan saman tertunggak tanpa dikenakan denda lebih tinggi. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata lanjutan ini melibatkan tiga kategori utama saman […]
Penguatkuasaan Tali Pinggang Keledar Diperluas: JPJ Timbang Wajibkan untuk Bas Sekolah dan Awam Lain

MELAKA, 3 Julai 2025 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dalam pertimbangan untuk meluaskan peraturan pemakaian tali pinggang keledar kepada kategori bas awam lain termasuk bas sekolah, sebagai langkah tambahan meningkatkan keselamatan penumpang. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pihaknya sedang menjalankan penilaian terhadap kesesuaian mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi perkhidmatan pengangkutan […]
WhatsApp Kini Boleh Hantar Fail Hingga 2GB Secara Terus Dalam Chat, Jamin Keselamatan Data Pengguna

KUALA LUMPUR. 2 JULY 2025. Aplikasi komunikasi popular, WhatsApp kini menawarkan kemudahan menghantar fail bersaiz besar sehingga 2GB secara terus melalui ruang sembang (chat). Ciri terbaharu ini dilengkapi enkripsi hujung-ke-hujung bagi memastikan keselamatan data pengguna, mula tersedia untuk semua pengguna sejak Jun 2025. Kemudahan baharu ini membolehkan pengguna menjimatkan masa dengan memuat naik dan berkongsi […]
Proton dan Grab Malaysia Perkukuh Kerjasama, Tawar Lebih Banyak Model Kereta dan Manfaat Lumayan Untuk Pemandu E-hailing

KUALA LUMPUR, 2 JULY 2025. Proton Holdings Bhd (Proton) bersama Grab Malaysia mengukuhkan lagi kerjasama strategik mereka dengan menawarkan lebih banyak model kenderaan Proton, termasuk Proton S70 dan siri X kepada pemandu Grab, bermula Jun 2025. Langkah ini adalah kesinambungan daripada kejayaan kempen “Saga Power Up for Grab Driver-Partners” yang dilancarkan pada November 2024. Setakat […]
ASEAN: Persidangan TVET ASEAN 2025: Melonjakkan Tenaga Kerja Serantau ke Tahap Global

KUALA LUMPUR, 1 July 2025. Lebih 1,000 delegasi yang terdiri daripada penggubal dasar, pemimpin industri, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta badan-badan antarabangsa berhimpun sempena Persidangan TVET ASEAN 2025 (ATVET) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 13 hingga 14 Ogos 2025. Persidangan ini, yang dianjurkan sempena Tahun Kemahiran ASEAN 2025, […]
UPM Anjur Bengkel Serantau Kebangsaan Tapir Malaya 2025 Demi Pemuliharaan Spesies

KERTEH, TERENGGANU, 30 Jun 2025. Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Zoo Copenhagen dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) akan menganjurkan Bengkel Serantau Kebangsaan Tapir Malaya 2025. Bengkel ini dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 19 September 2025 bertempat di Pusat Pendidikan Alam Sekitar EcoCare, Kerteh, Terengganu. Bengkel […]
Laporan Tahunan HRD Corp Laporkan Lonjakan Prestasi Latihan dan Modal Insan Negara

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2025. Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mencatatkan pencapaian luar biasa sepanjang tahun 2024, dengan peningkatan ketara dalam kutipan levi, jumlah latihan serta peningkatan operasi yang efisien, seperti didedahkan dalam Laporan Tahunan HRD Corp 2024 baru-baru ini. Menurut laporan tersebut, HRD Corp berjaya mengutip levi berjumlah RM2.33 bilion, peningkatan sebanyak 9 […]