Larangan Penuh Penjualan Vape Mulai 1 Ogos 2025

KUALA TERENGGANU, 28 April 2025 — Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan larangan penuh terhadap penjualan produk rokok elektronik (vape) di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula 1 Ogos 2025. Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada 23 April sebagai langkah proaktif membendung penggunaan vape yang memberi kesan negatif kepada kesihatan, […]
Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru: Seruan untuk Penyelesaian Segera dan Pemaju Berwibawa

KUALA LUMPUR, 28 April 2025. Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang telah tertangguh hampir satu dekad kini menjadi tumpuan semula, dengan seruan agar ia disegerakan demi kepentingan penduduk yang terlibat. Pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru melibatkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri, dengan proses bermula sejak 2016. Pada 18 Jun 2021, […]
SIARAN MEDIA – TVET Kini Arus Perdana: Politeknik dan Kolej Komuniti Terajui Pembangunan Negara

Putrajaya, 27 April 2025. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi sekadar pilihan alternatif, sebaliknya telah menjadi teras utama dalam pembangunan negara. Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, menegaskan bahawa institusi Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) kini berperanan sebagai game changers dalam melahirkan modal insan […]
Malaysia Lancar Kempen “Gembleng 6,800 Masjid untuk Al-Aqsa” : Masjid Bangkit Sebagai Benteng Perjuangan Ummah

KUALA LUMPUR, 24 April 2025. Dalam usaha memperkukuh solidariti umat Islam dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa, Malaysia melalui Sekretariat Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa (MANAR) hari ini melancarkan kempen berskala nasional bertajuk “Gembleng 6,800 Masjid untuk Al-Aqsa.” Kempen ini menyasarkan penyertaan aktif daripada 6,800 masjid di seluruh negara untuk menjadi pusat kesedaran, advokasi dan sokongan […]
Salah Papar Jalur Gemilang dan Pin Tercucuk Badan: KPM Perlu Lebih Prihatin

KUALA LUMPUR, 25 April 2025 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memohon maaf secara terbuka atas kesilapan memaparkan Jalur Gemilang yang tidak tepat dalam laporan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di tengah-tengah kontroversi berterusan melibatkan imej bendera negara. Dalam satu kenyataan rasmi, KPM mengakui kelalaian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Jalur Gemilang […]
Krisis Latihan Pegawai Perubatan Siswazah: Antara Realiti dan Polisi KKM

KUALA LUMPUR, 19 April 2025 – Isu latihan pegawai perubatan siswazah atau house officer (HO) di hospital kerajaan semakin hangat diperdebatkan susulan satu pekeliling terkini daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Pekeliling bertarikh 11 April 2025 tersebut mengarahkan semua hospital awam agar menempatkan HO dalam Jabatan Perubatan Dalaman hanya di wad umum, […]
Simposium Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Kebangsaan 2025

Kuala Lumpur, 20 April 2025. Simposium Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) Kebangsaan akan diadakan pada 21 dan 22 April 2025, di Hotel Grand Alora, Alor Setar, Kedah. Pelaksanaan Simposium PKKK ini bertujuan untuk memberi latihan, meningkatkan pengetahuan, serta memperkasakan peranan ahli PKKK dalam melaksanakan perkhidmatan pemulihan dan perlindungan kanak-kanak secara menyeluruh. 138 Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) […]
Pemilihan PKR Hangat: Menteri Tumbang, Dakwaan Penipuan dan Respons JPP

KUALA LUMPUR, 20 April 2025. Pemilihan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung baru-baru ini mencatat beberapa keputusan mengejutkan apabila dua pemimpin tertinggi parti berstatus Menteri dan Timbalan Menteri tewas dalam pertandingan di cabang masing-masing. Antara yang tewas ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang kehilangan kedudukannya sebagai Ketua […]
Jalur Gemilang Lambang Kedaulatan Negara

Kuala Lumpur, 18 April 2025. Malaysia di kejutkan oleh isu penerbitan dua akbar berbahasa cina yang telah menyiarkan paparan Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit pada muka depan akhbar bertarikh 15 dan 16 April lalu. Isu tersebut telah mendapat perhatian KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan baginda menyifatkannya sebagai kecuaian serius yang boleh […]
Israel Tegas Halang Bantuan Kemanusiaan ke Gaza, Gaza Bertukar Menjadi Kubur Besar Rakyat Palestin

BAITULMAQDIS, 17 April 2025 – Israel menegaskan tidak akan membenarkan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, dalam usaha meningkatkan tekanan terhadap Hamas yang menguasai wilayah Palestin tersebut. Kenyataan ini dibuat oleh Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, pada hari Rabu, selepas lawatan lapangan bersama Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta pegawai tinggi tentera. Sejak 2 Mac lalu, […]