
Kuala Lumpur, 7 Mei 2025. Sebanyak 23,149 unit rumah siap bernilai RM13.94 bilion masih belum terjual di seluruh negara setakat hujung 2024, menurut Laporan Pasaran Hartanah Negara. Lebih 60% daripadanya terdiri daripada kondominium dan apartmen, manakala rumah teres dua tingkat menyumbang 13.8%.
Kuala Lumpur merekodkan angka tertinggi (4,234 unit), diikuti Johor (2,964), Perak (2,844) dan Pulau Pinang (2,796). Sebahagian besar unit tidak terjual berharga antara RM200,000 hingga RM600,000.
Pakar menyatakan lebihan penawaran memberi tekanan besar kepada pemaju, yang terpaksa menanggung kos tetap seperti cukai, pinjaman dan penyelenggaraan. Sebilangan pemaju terpaksa menawarkan diskaun besar dan rebat untuk menghabiskan stok. “Apartmen kosong bertahun-tahun memberi beban kewangan kepada pemaju dan menjadikan kawasan sekitar kelihatan suram,” kata seorang perunding hartanah.
Isu ini turut menjejaskan rantaian ekonomi seperti industri guaman, perabot dan perkhidmatan pembiayaan.
#Prezcom